logo

FX.co ★ Analisis Teknikal NZD/USD untuk 02 Jun, 2015

Analisis Teknikal NZD/USD untuk 02 Jun, 2015

Analisis Teknikal NZD/USD untuk 02 Jun, 2015

Huraian Fundamental:

Pasangan mata wang NZD/USD ini diramalkan akan mengukuh dengan kecenderungan aliran menurun selepas mencecah 4.5 tahun rendah pada tahap 0.7065 Isnin lalu. Pasangan mata wang NZD/USD ini telah terjejas berikutan sentimen dolar yang lebih baik dan spekulasi bahawa Bank Rizab New Zealand akan menurunkan kadar faedah pada bulan-bulan yang akan datang. Walau bagaimanapun, kerugian bagi pasangan mata wang NZD/USD kini sedang diganggu oleh selera risiko pelabur yang bertambah baik, perbezaan kepentingan pasangan mata wang NZD-USD dan permintaan bagi mata wang dolar NZ sewaktu penarikan semula pasangan mata wang AUD/NZD.

Komen Teknikal:

Carta harian dilihat berkecenderungan negatif sebagaimana MACD adalah aliran menurun, Stokastik kekal ditekan pada tahap terlebih jual, purata pergerakkan 5 dan 15-hari kian menurun.

Cadangan Perdagangan:

Pasangan mata wang ini berdagang di atas titik pangsi. Pasangan mata wang ini dijangkakan akan berdagang dalam julat yang lebih tinggi di atas titik pangsi tersebut. Selagi harga kekal berada di atas titik pangsi tersebut, dagangan dalam julat yang lebih tinggi adalah amat berpotensi dan kedudukan membeli dicadangkan kepada para pedagang di atas titik pangsi ini dengan meletakkan kedudukan sasaran pertama pada tahap 0.7210 dan seterusnya sasaran yang kedua pada tahap 0.7270. Untuk senario alternatif, sekiranya harga bergerak di bawah titik pangsi tersebut, maka para pedagang disarankan untuk membuka kedudukan menjual dengan menetapkan sasaran pertama pada tahap 0.7050 sekiranya harga bergerak di bawah titik pangsi. Penembusan harga pada tahap sasaran ini akan membolehkan pasangan mata wang ini bergerak ke arah bawah yang seterusnya dengan sasaran kedua terletak pada tahap 0.7030. Titik pangsi kekal terletak pada tahap 0.7095.

Tahap Rintangan: 0.7210 0.7270 0.73

Tahap Sokongan: 0.7050 0.7030 0.7

*Analisis pasaran yang dipaparkan di sini hanya bertujuan untuk meningkatkan kesedaran anda, tetapi bukan sebagai petunjuk untuk anda melakukan perdagangan
Pergi ke senarai artikel Buka akaun dagangan