Dalam minggu ini, pasangan mata wang GBP/USD ini berpotensi untuk memulakan semula kecenderungan penurunan harga pada carta harian, kerana pasangan mata wang ini telah melakukan beberapa langkah pembetulan yang memihak kepada aliran harga keseluruhan. Rintangan yang terletak pada tahap 1.5346 bertindak dengan baik untuk menambah tekanan aliran menurun untuk pasangan GBP/USD. Untuk aliran menurun, sasaran seterusnya akan terletak pada zon sokongan di sekitar tahap 1.5199.

Unjuran jangka pendek kekal melemah, sebagaimana SMA 200 pada carta 1H masih menawarkan rintangan dinamik dan menolak pasangan untuk bergerak lebih rendah, kerana pasangan mata wang GBP/USD kini dilihat sedang cuba untuk menembusi tahap sokongan 1.5259. Sikaranya berjaya, maka harga diramalkan akan jatuh sehingga mencecah ke tahap 1.5158. Indikator MACD kini memasuki wilayah positif.

Tahap Rintangan Carta Harian: 1.5346 / 1.5543
Tahap Sokongan Carta Harian: 1.5199 / 1.5090
Tahap Rintangan Carta 1H: 1.5358 / 1.5428
Tahap Sokongan Carta 1H: 1.5259 / 1.5158
Cadangan Perdagangan untuk Hari Ini: Berdasarkan pada carta 1H, para pedagang disarankan untuk mengambil pesanan menjual (jual) hanya sekiranya pasangan mata wang GBP/USD ini berjaya menembusi cartalilin penurunan harga; dengan menetapkan sokongan pada tahap 1.5259, take profit di tahap 1.5158, dan stop loss pada tahap 1.5358.
