
Tinjauan Teknikal dan Persediaan Carta:
Perak kelihatan seolah-olah akan berdagang di sekitar tahap $ 16.10/15 pada masa sekarang selepas menembusi tahap rendah pada $ 15.95/96 sebelum ini. Sila ambil perhatian bahawa garis aliran sokongan ini berada betul di bawah tindakan harga semasa. Selain itu, logam ini dilihat telah melantun dari sokongan Fibonacci 0.786 pada aliran kenaikkan harga diantara tahap $ 15.60 dan $ 17.70. Oleh yang demikian, adalah disyorkan kepada para pedagang untuk kekal membeli buat masa sekarang dengan risiko ditetapkan disekitar $ 15.50/60. Sokongan serta-merta didapati terletak pada tahap $ 15.80, dan diikuti masing-masing oleh tahap $ 15.60, $ 15.30, dan lebih rendah. Sementara rintangan pula dilihat terletak pada tahap $ 17.20, dan diikuti oleh tahap $ 17.70, $ 18.40/50, dan tahap yang lebih tinggi.
Cadangan Perdagangan:
Kekal membeli buat masa sekarang, dengan menetapkan kedudukan Stop loss pada tahap $15.50, dan sasaran adalah terbuka.
Semoga berjaya!
