logo

FX.co ★ Analisis Teknikal EUR/CAD untuk 10 Jun, 2015

Analisis Teknikal EUR/CAD untuk 10 Jun, 2015

Harga minyak melonjak dengan ketara sebanyak 3% pada sesi dagangan semalam. Mata wang dolar Kanada mengambil peluang ini untuk meningkat naik berbanding USD, EUR, dan GBP. Pasangan mata wang ini telah berdagang disekitar 100Dsma, dan akhirnya menutup di bawah tahap tersebut pada sesi dagangan semalam. Kami menasihatkan perdagangan penurunan harga dengan sasaran masing-masing terletak pada tahap 1.2300 dan 1.2250. Pasangan mata wang ini kelihatan telah membuat tahap rendah pada 1.2307. Sokongan urusniaga harian didapati terletak pada 1.2280 dan 1.2230. Pada sesi dagangan Asia hari ini, pasangan ini telah berjaya mencapai perdagangan 20Dsma dengan kenaikan sederhana pada tahap 1.2341 berbanding penutupan harga hari Selasa pada 1.2337. Hari ini, menjelang pengumuman laporan inventori minyak, minyak mentah diniagakan lebih tinggi. Kami menjangkakan pada tahap $ 61.50 hari ini. Gambaran ini memihak kepada mata wang CAD. Pasangan mata wang kini sedang didagangkan di bawah 20Wsma pada tahap 1.2430, satu lagi isyarat penurunan harga untuk pasangan EUR/CAD. Kami meramalkan bahawa pasangan mata wang ini akan menyentuh tahap 1.2280 pada awalnya. Masalah sebenarnya untuk kenaikkan harga akan timbul sekiranya harga menutup di bawah tahap 1.2230. Rintangan urusniaga harian ini didapati terletak pada tahap 1.2350 dan 1.2375. Jika aliran menaik ini mengukuh di atas 1.2375, maka harga akan mensasarkan ke tahap 1.2420. Pesanan menjual baru dinasihatkan di bawah tahap 1.2280 dengan sasaran pada 1.2250 dan 1.2230. Corak perdagangan dibingkaikan di antara tahap 1.2430 dan 1.2230. Penutupan harga pada mana-mana bahagian akan memberikan gambaran perdagangan baru.

Analisis Teknikal EUR/CAD untuk 10 Jun, 2015

*Analisis pasaran yang dipaparkan di sini hanya bertujuan untuk meningkatkan kesedaran anda, tetapi bukan sebagai petunjuk untuk anda melakukan perdagangan
Pergi ke senarai artikel Buka akaun dagangan