Harga emas kelihatan telah menembusi rintangan jangka pendek yang terletak pada tahap $ 1,180. Kini, harga sedang bergerak menuju ke arah yang lebih tinggi $ 1,190. Saya tidak yakin bahawa akan terdapat lebih banyak kenaikkan harga untuk dijangka. Harga kini sedang berada di bawah Ichimoku Cloud dan masih di dalam saluran condong menurun. Rintangan perlu kuat dan oleh itu saya mengharapkan pembalikan penurunan harga.

Harga emas bergerak ke arah harga rendah yang lebih rendah dan harga tinggi yang lebih rendah di dalam carta 4-jam. Aliran harga ini masih lemah sebagaimana harga masih didagangkan di bawah rintangan cloud dan di dalam saluran menurun. Sokongan jangka pendek didapati terletak pada tahap $ 1,175. Sekiranya harga berjaya menebusi pada tahap harga tersebut, maka saya meramalkan bahawa tahap rendah baru di bawah $ 1,160. Sementara rintangan pula terletak pada harga $ 1,190- $ 1,200.

Garisan Biru - garis aliran sokongan jangka panjang
Carta mingguan kekal menurun. Walaupun kita mempunyai garf bar lilin mingguan yang positif, harga masih berdagang di bawah indikator tenkan dan Kijun sen dan di bawah cloud. Rintangan penting mingguan didapati terletak pada tahap $ 1,198. Manakala sokongan penting mingguan pula didapati terletak pada tahap $ 1,140.
