USDX
Baru-baru ini, data jualan runcit menunjukkan bahawa ekonomi AS sedang berkembang pada kadar yang stabil. Data ini berpotensi untuk mendorong kenaikan kadar faedah. Walau bagaimanapun, data ini gagal untuk menghasilkan kenaikan yang kukuh terhadap mata wang dolar AS. Peningkatan jualan runcit ini dirangsang oleh perubahan dalam bilangan pekerjaan. Laporan mengenai tuntutan pengangguran mencatatkan kenaikkan kepada 1000.
Pada sesi dagangan semalam, pasangan mata wang yang berkaitan dengan USDX dan USDS telah mengalami kerugian hampir separuh daripada keuntungan yang diperoleh. Sokongan urusniaga harian berkemungkinan terletak pada tahap 94.85 dan 94.30. Sementara rintangan pula dilihat terletak pada tahap 95.10 dan 95.25. Perdagangan Indeks USDX dan pasangan mata wang USD/CAD kelihatan sama di dalam carta 1H. Sekiranya graf bar lilin harian menutup di atas tahap 95.60, maka aliran kenaikkan harga diramalkan akan bergerak menuju ke arah tahap 96.00 dan 96.50 pada mulanya, dan kemudianya ke tahap 97.00. Untuk aliran penurunan harga di bawah tahap 94.80, aliran penurunan harga berkemungkinan akan mensasarkan ke tahap rendah baru 93.50 diantara sokongan yang terletak pada tahap 94.30.

