logo

FX.co ★ Analisis Teknikal GBP/CHF untuk 15 Jun, 2015

Analisis Teknikal GBP/CHF untuk 15 Jun, 2015

Analisis Teknikal GBP/CHF untuk 15 Jun, 2015

Tinjauan Teknikal dan Persediaan Carta:

Pasangan mata wang GBP/CHF dilihat sedang berdagang di sekitar tahap 1.4460 pada masa ini, mencari peluang untuk jatuh lebih rendah sekurang-kurangnya ke arah tahap 1.4200/50. Para pedagang harus diingatkan bahawa pasangan mata wang ini telah melantun daripada sokongan Fibonacci 0.618 sebelum ini di sekitar tahap 1.4150 seperti yang dapat anda perhatikan di sini. Aliran menaik perlu bersedia untuk terus mendominasi sehingga harga kekal berdagang di atas tahap 1.4150 buat masa ini. Adalah disyorkan kepada para pedagang untuk kekal menjual buat masa ini, dengan risiko ditetapkan di sekitar tahap 1.4650. Sokongan serta-merta dilihat terletak pada tahap 1.4150 (interim), diikuti oleh tahap 1.4000 dan seterusya tahap yang lebih rendah. Sementara rintangan pula didapati terletak pada tahap 1.4550 (interim), diikuti masing-masing oleh tahap 1.4650/1.4750 dan lebih tinggi.

Cadangan Perdagangan:

Kekal menjual buat masa sekarang, dengan menetapkan kedudukan Stop Loss pada tahap 1.4550, dan sasaran pada tahap 1.4250.

Semoga berjaya!

*Analisis pasaran yang dipaparkan di sini hanya bertujuan untuk meningkatkan kesedaran anda, tetapi bukan sebagai petunjuk untuk anda melakukan perdagangan
Pergi ke senarai artikel Buka akaun dagangan