
Tinjauan Teknikal dan Persediaan Carta:
Perak kelihatan seolah-olah akan berdagang di sekitar tahap $ 15.96 buat masa sekarang dan harga telah menembusi tahap $ 15.90/16.00 untuk sementara waktu sekarang. Para pedagang juga harus diingatkan bahawa perak telah menguji garis aliran sokongan melalui tahap yang sama sebagai Fibonacci 0.786, berhampiran pada tahap harga $ 16.00. Aliran kenaikkan harga perlu bersedia untuk terus mendominasi sehingga harga kekal berdagang sekurang-kurangnya di atas tahap $ 15.80. Oleh itu, adalah disyorkan kepada para pedagang untuk kekal membeli buat masa sekarang dengan risiko diletakkan disekitar tahap $ 15.30. Sokongan serta-merta didapati terletak pada tahap $ 15.60, diikuti oleh tahap $ 15.30 dan seterusnya tahap yang lebih rendah. Sementara rintangan pula dilihat terletak pada tahap $ 16.20, diikuti dengan tahap $ 17.20 dan lebih tinggi, masing-masing.
Cadangan Perdagangan:
Kekal membeli buat masa sekarang, dengan menetapkan kedudukan Stop Loss pada tahap $15.30, dan sasaran adalah terbuka.
Semoga berjaya!
