Indeks Dolar AS kekal berdagang dalam aliran penurunan harga jangka pendek, bagaimanapun ia masih mengukuh di atas sokongan kritikal pada tahap 94.50 dan 93.10. Menjelang mesyuarat FOMC yang bakal berlangsung pada malam ini, dolar AS dijangkakan akan menyaksikan beberapa volatiliti harga dan para peniaga perlu bersabar sehingga Yellen berucap.

Garis merah - garis aliran rintangan
Indeks Dollar AS diniagakan di bawah garis aliran rintangan dan di bawah Ichimoku Cloud di dalam carta 4-jam. Aliran jangka pendek adalah menurun. Rintangan dilihat terletak pada tahap 95.04 oleh garis aliran dan rintangan yang akan seterusnya dijangka berada pada tahap 95.25 oleh Cloud. Sokongan didapati terletak pada tahap 94.50 dan kemudianya pada tahap 93.10.

Carta mingguan masih melemah sebagaimana terdapat peningkatan peluang yang telah menolak harga lebih rendah ke arah tahap 90 sekiranya sokongan yang terletak pada tahap 93.10 ini berjaya ditemmbusi. Walau bagaimanapun, aliran kenaikkan harga mempunyai satu peluang terakhir untuk membalikkan aliran penurunan harga semasa. Penembusan harga di atas tahap 96.65 berpotensi untuk meningkatkan peluang harga untuk melanjutkan semula kenaikkan menuju ke tahap tinggi baru.
