
Pasangan mata wang GBP/JPY diramalkan akan diniagakan dalam julat harga yang lebih tinggi. Kadar harga bagi pasangan mata wang ini telah disokong oleh sentimen risiko positif dan permintaan daripada pengimport Jepun. Walau bagaimanapun, keuntungan bagi pasangan GBP/JPY ini telah terjejas berikutan laporan eksport Jepun dan kebimbangan mengenai kegagalan hutang Greece dan keputusan Greece untuk keluar dari zon euro.
Komen Teknikal:
Carta harian kelihatan bercampur-campur sebagaimana MACD adalah penurunan harga, bagaimanapun Stokastik kini telah beralih kepada aliran menaik.
Cadangan Perdagangan:
Pasangan mata wang ini berdagang di atas titik pangsi. Pasangan mata wang ini dijangkakan akan berdagang dalam julat yang lebih tinggi di atas titik pangsi tersebut. Selagi harga kekal berada di atas titik pangsi tersebut, dagangan dalam julat yang lebih tinggi adalah amat berpotensi dan kedudukan membeli dicadangkan kepada para pedagang di atas titik pangsi ini dengan meletakkan kedudukan sasaran pertama pada tahap 196.10 dan seterusnya sasaran yang kedua pada tahap 197.10. Untuk senario alternatif, sekiranya harga bergerak di bawah titik pangsi tersebut, maka para pedagang disarankan untuk membuka kedudukan menjual dengan menetapkan sasaran pertama pada tahap 193.20 sekiranya harga bergerak di bawah titik pangsi. Penembusan harga pada tahap sasaran ini akan membolehkan pasangan mata wang ini bergerak ke arah bawah yang seterusnya dengan sasaran kedua terletak pada tahap 192.60. Titik pangsi kekal terletak pada tahap 194.40.
Tahap Rintangan: 196.10 197.10 198
Tahap Sokongan: 193.20 192.60 192
