Selepas kenyataan FOMC yang "dovish", USD melanjutkan tekanan jualan. Pasangan mata wang ini telah jatuh lebih rendah, membentuk "double top" pada tahap 1.2563. Pada sesi dagangan semalam, pasangan mata wang ini telah ditolak pada 50Dsma dan ditutup di bawah 100Dema pada tahap 1.2240. Walau bagaimanapun, pada penghujung hari, pasangan mata wang ini telah memadamkan kebanyakan kerugian. Kami menasihatkan para pedagang agar mengambil pesanan menjual semasa aliran menaik. Pada mulanya, pasangan ini telah membentuk "doubel top" pada tahap 1.2563 menjunam ke tahap 1.2200 (360 pips). Pasangan kemudianya membentuk "double top" sekali lagi pada tahap 1.2361 dan jatuh ke tahap 1.2128 (233 pips).Merujuk kepada carta harian dan carta setiap jam, pasangan mata wang ini telah membentuk corak harga rendah yang lebih rendah dan corak harga tinggi yang lebih rendah.
Pasangan mata wang kini sedang didagangkan di bawah 200Msma pada tahap 1.2260. Ia telah didagangkan di bawah 20Wsma selama 2 minggu pada 1.2400. Harapan terakhir kenaikkan harga masing-masing kekal pada tahap 1.1970 dan 1.1940 200Dsma dan 200Dema. Ayunan rendah sebelum ini didapati berada pada harga 1.1920. Sokongan didapati terletak pada tahap 1.1900 (bulat). Sehingga harga menutup di bawah 1.2400 untuk aliran menurun, tahap 2.000 dan 1.1750 adalah dijangka untuk tempoh beberapa minggu yang akan datang. Penutupan harian di bawah tahap 1.1900 berkemungkinan akan menolak pasangan mata wang untuk bergerak menuju ke arah tahap 1.1750 dan lebih rendah.
Menjelang laporan ekonomi CPI Kanada dan data jualan runcit yang dijadualkan akan dikeluarkan pada hari ini, mata wang CAD kini sedang didagangkan lebih rendah berbanding mata wang USD pada sesi dagangan Asia hari ini, 1.2228 berbanding harga penutupan Khamis iaitu pada tahap 1.2223. Kami mengesyorkan kepada para pedagang agar mengambil pesanan menjual di bawah 1.2200 dengan sasaran urusniaga harian masing-masing pada tahap 1.2150, 1.2130, 1.2100 dan 1.2000. Sementara rintangan urusniaga harian pula didapati terletak pada tahap 1.2250 dan 1.2285. Gunakan peluang kenaikkan harga untuk mengambil pesanan menjual dengan sl di tahap 1.2320.

Untuk menghubungi pengarang analisis ini, sila hantarkan e-mel kepada - joseph.wind@analytics.instaforex.com
