logo

FX.co ★ Analisis Teknikal USD/CHF untuk 22 Jun, 2015

Analisis Teknikal USD/CHF untuk 22 Jun, 2015

Analisis Teknikal USD/CHF untuk 22 Jun, 2015

Pasangan mata wang USD/CHF ini diramalkan akan diniagakan dalam julat harga yang lebih rendah. Pasangan mata wang ini terjejas berikutan permintaan mata wang franc semasa pasangan EUR/CHF melemah. Walau bagaimanapun, kerugian bagi pasangan mata wang USD/CHF telah diganggu oleh kadar faedah Swiss yang negatif dan ancaman Bank Negara Swiss untuk campur tangan di dalam penjualan CHF.

Komen Teknikal:

Carta harian dilihat berkecenderungan negatif sebagaimana Stokastik adalah aliran menurun, meskipun ia kemudianya akan berada pada tahap terlebih jual, purata pergerakkan lima dan 15-hari kian menurun.

Cadangan Perdagangan:

Pasangan mata wang kini sedang berdagang di bawah titik pangsi. Oleh itu pasangan mata wang ini dijangkakan akan berdagang dalam julat yang lebih rendah selagi harga kekal berada di bawah titik pangsi tersebut. Kedudukan menjual dicadangkan kepada para pedagang dengan meletakkan kedudukan sasaran pertama pada tahap 0.9145. Penembusan harga pada tahap sasaran ini akan membawa harga bergerak ke arah bawah yang seterusnya hingga ke tahap 0.9105. Titik pangsi kekal berada pada tahap 0.9220. Sekiranya harga bergerak ke arah yang bertentangan dan melantun semula daripada tahap sokongan tersebut dan bergerak di atas titik pangsi, maka harga dijangkakan akan meneruskan pergerakkan menaik. Berdasarkan kepada situasi ini, kedudukan membeli adalah dicadangkan kepada para pedagang dengan sasaran pertama diletakkan pada tahap 0.9250 dan sasaran kedua pada tahap 0.93.

Tahap Rintangan: 0.9250 0.93 0.9360

Tahap Sokongan: 0.9145 0.9105 0.9065

*Analisis pasaran yang dipaparkan di sini hanya bertujuan untuk meningkatkan kesedaran anda, tetapi bukan sebagai petunjuk untuk anda melakukan perdagangan
Pergi ke senarai artikel Buka akaun dagangan