
Pasangan mata wang USD/JPY ini diramalkan akan mengukuh dengan kecenderungan kenaikan harga. Kadar harga bagi pasangan mata wang ini dilemahkan oleh hasil Perbendaharaan AS yang lebih rendah (10 tahun jatuh 8.4 mata asas kepada 2.267% hari Jumaat) dan laporan eksport Jepun. Walau bagaimanapun, kelemahan pasangan mata wang USD/JPY telah dihadkan oleh permintaan daripada pengimport Jepun, dasar kewangan ultra-longgar oleh Bank Jepun, dan penurunan di dalam jumlah permohonan "safe haven" yen di tengah-tengah spekulasi bahawa cadangan baru dari pegawai Greek dijangkakan akan diterima.
Komen Teknikal:
Carta harian dilihat berkecenderungan negatif sebagaimana Stokastik adalah aliran menurun, purata pergerakkan lima kini berada di bawah purata pergerakkan 15-hari dan menurun.
Cadangan Perdagangan:
Pasangan mata wang ini berdagang di atas titik pangsi. Pasangan mata wang ini dijangkakan akan berdagang dalam julat yang lebih tinggi di atas titik pangsi tersebut. Selagi harga kekal berada di atas titik pangsi tersebut, dagangan dalam julat yang lebih tinggi adalah amat berpotensi dan kedudukan membeli dicadangkan kepada para pedagang di atas titik pangsi ini dengan meletakkan kedudukan sasaran pertama pada tahap 123.70 dan seterusnya sasaran yang kedua pada tahap 124.10. Untuk senario alternatif, sekiranya harga bergerak di bawah titik pangsi tersebut, maka para pedagang disarankan untuk membuka kedudukan menjual dengan menetapkan sasaran pertama pada tahap 122.45 sekiranya harga bergerak di bawah titik pangsi. Penembusan harga pada tahap sasaran ini akan membolehkan pasangan mata wang ini bergerak ke arah bawah yang seterusnya dengan sasaran kedua terletak pada tahap 122.15. Titik pangsi kekal terletak pada tahap 122.80.
Tahap Rintangan: 123.70 124.10 124.35
Tahap Sokongan: 122.45 122.15 121.75
