logo

FX.co ★ Analisis Harian Pasangan Mata Wang Utama untuk 23 Jun, 2015

Analisis Harian Pasangan Mata Wang Utama untuk 23 Jun, 2015

EUR/USD: Meskipun terdapat ketidaktentuan mengenai pasangan mata wang EUR/USD, ramalan kenaikan harga masih sah. Ia bukanlah sesuatu yang sukar untuk harga menguji garis rintangan pada tahap 1.1450 (garis rintangan juga boleh ditembusi untuk aliran menaik); selain itu, sokongan yang terletak pada tahap 1.1250 perlu bertindak dengan baik.

Analisis Harian Pasangan Mata Wang Utama untuk 23 Jun, 2015

USD/CHF: Pasangan mata wang ini didagangkan dalam pasaran menurun dan tindakan harga pada baru-baru ini telah menjadi tidak menentu. Tahap sokongan 0.9150 adalah merupakan halangan untuk aliran penurunan harga buat masa sekarang, walau bagaimanapun sebaik sahaja harga menembusi tahap itu untuk aliran menurun, maka sasaran seterusnya akan terletak pada garis sokongan 0.9100. Kegagalan harga untuk menembusi garis sokongan 0.9150 boleh dianggap sebagai permulaan bagi kenaikkan harga hegemoni.

Analisis Harian Pasangan Mata Wang Utama untuk 23 Jun, 2015

GBP/USD: Terdapat sedikit penurunan pada pasangan mata wang ini pada hari Isnin. Walau bagaimanapun, penurunan harga ini masih jauh daripada pembatalan Corak Pengesahan Kenaikkan harga yang sedia ada di dalam carta. Kelihatan terdapat wilayah pengedaran pada tahap 1.5950 dan wilayah pengumpulan pada tahap 1.5750.

Analisis Harian Pasangan Mata Wang Utama untuk 23 Jun, 2015

USD/JPY: Pasangan mata wang USD/JPY bergerak sedikit lebih tinggi pada hari Isnin, meskipun harga didagangkan dalam pasaran menurun. Melainkan sekiranya tahap bekalan pada 124.50 ini ditembusi untuk aliran menaik, maka ia akan dilihat sebagai satu peluang untuk pesanan menjual. Tahap permintaan 122.50 dan 122.00 berpotensi untuk ditembusi dalam arah aliran menurun dengan tekanan jualan.

Analisis Harian Pasangan Mata Wang Utama untuk 23 Jun, 2015

EUR/JPY: Walaupun prospek dagangan adalah menaik, namun keadaan harga masih belum stabil. Minggu ini akan menentukan sama ada harga akan terus naik atau turun: bergantung sebahagian besarnya kepada apa yang berlaku terhadap mata wang EUR. Pada masa ini, pasaran adalah sedikit menaik.

Analisis Harian Pasangan Mata Wang Utama untuk 23 Jun, 2015

*Analisis pasaran yang dipaparkan di sini hanya bertujuan untuk meningkatkan kesedaran anda, tetapi bukan sebagai petunjuk untuk anda melakukan perdagangan
Pergi ke senarai artikel Buka akaun dagangan