Sesi dagangan Selasa adalah sangat melemah untuk pasangan mata wang ini, harga kelihatn dengan cuba untuk menolak ke tahap sokongan 1.5543 yang mana ia adalah bersamaan dengan SMA 200 di carta harian. Walau bagaimanapun, kita masih boleh melihat kecenderungan kenaikkan harga keseluruhan, kerana tindakan harga baru-baru ini telah menodong harga untuk bergerak lebih tinggi dalam tempoh beberapa hari yang akan datang. Indikator MACD masih dalam berada di wilayah positif.

Berdasarkan kepada carta 1H, pasangan mata wang GBP/USD dilihat telah diuji SMA 200 sokongan dinamik dan kami menjangkakan bahawa akan terdapat lantunan semula harga pada tahap tersebut. Walau bagaimanapun, kita perlu menunggu sehingga harga menembusi tahap rintangan yang terletak pada 1.5740 sekiranya pasangan mata wang ini mahu menembusi rintangan yang seterusnya berhampiran pada tahap 1.5789 dalam tempoh beberapa jam yang akan datang. Indikator MACD kelihatan masih positif dalam dagangan jangka masa ini.

Tahap Rintangan Carta Harian: 1.5755 / 1.5898
Tahap Sokongan Carta Harian: 1.5543 / 1.5450
Tahap Rintangan Carta 1H: 1.5740 / 1.5789
Tahap Sokongan Carta 1H: 1.5687 / 1.5650
Cadangan Perdagangan untuk Hari Ini: Berdasarkan pada carta 1H, para pedagang disarankan untuk mengambil pesanan membeli (beli) hanya sekiranya pasangan mata wang GBP/USD ini berjaya menembusi cartalilin kenaikkan harga; dengan menetapkan rintangan pada tahap 1.5740, take profit di tahap 1.5789, dan stop loss pada tahap 1.5693.
