
Rumusan Teknikal:
Pembetulan di dalam gelombang biru ii masih belum berakhir dan ia telah menjadi lebih teruk daripada apa yang dijangkakan. Walau bagaimanapun, selagi sokongan yang terletak pada tahap 137.98 ini berjaya melindungi aliran penurunan harga, maka pasangan mata wang ini akan kekal berdagang dalam aliran menaik untuk begerak lebih tinggi menuju ke tahap 141.06 mensasarkan pergerakkan ke tahap 144.03.
Untuk dagangan jangka pendek, kita akan melihat penembusan harga di atas tahap rintangan kecil 138.64 sebagai petunjuk pertama bahawa pembetulan harga di dalam gelombang biru ii kini telah berakhir dan gelombang biru iii sedang membangun lebih tinggi. Walau bagaimanapun, untuk mengesahkan bahawa gelombang biru iii kini sedang berlangsung, peenmbusan harga di atas 139.40 adalah diperlukan.
Cadangan Perdagangan:
Kedudukan Stop Loss kami yang terletak pada tahap 138.75 telah ditembusi untuk keuntungan yang baik, Kami akan mengambil pesanan membeli EUR sekali lagi pada tahap 138.47 atau sebaik sahaja harga menembusi di atas tahap 138.64 dengan Stop Loss terletak pada tahap 137.90.
