logo

FX.co ★ Analisis Teknikal USD/CAD untuk 24 Jun, 2015

Analisis Teknikal USD/CAD untuk 24 Jun, 2015

Gambaran umum untuk 24/06/2015 12:10 CET

Setelah mencapai sasaran semalam pada tahap 1.2382, pasaran telah menjunam dengan ketara dan tidak cuba untuk melantun daripada tahap Fibo 61% pada gelombang terdahulu (dengan gelombang i Hitam). Pelabelan semasa menunjukkan pembangunan gelombang impulsif menaik dan selagi tahap 1.2216 (gelombang -ii- Hitam rendah) tidak ditembusi, perkiraan impulsif akan kekal sah. Walau apa pun, senario pada masa hadapan menunjukkan kitaran yang lebih kompleks dan memakan masa yang lebih panjang di dalam pembetulan gelombang B biru besar. Walau bagaimanapun, pasaran masih cenderung kepada aliran menaik selagi tahap 1.2216 ini tidak ditembusi.

Sokongan/rintangan:

1,2384 - WR1

1,2319 - Rintangan Urusniaga Harian

1,2275 - Sokongan Urusniaga Harian

1,2258 - Pangsi Mingguan

1,2216 - Tahap Ketidaksahan

Cadangan perdagangan:

Daytraders harus mempertimbangkan cadangan kami untuk mengambil pesanan belian daripada tahap harga semasa dengan SL ditetapkan di bawah tahap 1.2216 dan TP pada tahap 1.2382 dengan kesinambungan aliran menaik yang berpotensi.

Analisis Teknikal USD/CAD untuk 24 Jun, 2015

*Analisis pasaran yang dipaparkan di sini hanya bertujuan untuk meningkatkan kesedaran anda, tetapi bukan sebagai petunjuk untuk anda melakukan perdagangan
Pergi ke senarai artikel Pergi ke artikel pengarang ini Buka akaun dagangan