Jurang kenaikkan harga mengambil kesempatan daripada aliran semasa USDX pada carta harian, sebagaimana Indeks dolar bertindak balas terhadap berita yang telah dikeluarkan oleh Greek pada hujung minggu lalu. Pada masa ini, kita boleh menjangkakan kejatuhan harga yang besar sehingga harga mencecah ke tahap sokongan 95.74 di mana ia sedang membuat dasar yang kuat. Pergerakkan ini adalah diperlukan disebabkan oleh jurang harga.

Carta 1H menasihatkan kepada para pedagang untuk menunggu jurang harga yang mana ia diramalkan akan berlaku dalam tempoh beberapa jam akan datang, kerana Indeks USDX kini kelihatan sedang cuba menembusi tahap rintangan 96.25. Walau bagaimanapun, penarikan semula harga ini berkemungkinan akan dilanjutkan di bawah tahap sokongan 95.80, tetapi ramalan keseluruhan kami untuk Indeks dolar ini masih menaik, sekurang-kurangnya dalam jangka masa pendek dan pertengahan. Indikator MACD kini berada di wilayah terlebih beli.

Tahap Rintangan Carta Harian: 96.57 / 97.49
Tahap Sokongan Carta Harian: 95.74 / 94.66
Tahap Rintangan Carta 1H: 96.25 / 96.57
Tahap Sokongan Carta 1H: 95.80 / 95.48
Cadangan Perdagangan untuk Hari Ini: Berdasarkan pada carta 1H, para pedagang disarankan untuk mengambil pesanan membeli (beli) hanya sekiranya Indeks USDX ini berjaya menembusi cartalilin kenaikkan harga; dengan menetapkan rintangan pada tahap 96.25, Take profit di tahap 96.57 dan stop loss pada tahap 95.93.
