
Tinjauan Teknikal dan Persediaan Carta:
Perak kelihatan seolah-olah akan berdagang disekitar tahap $ 15.44 pada masa ini mencari peluang untuk menolak melalui $ 15.95 dalam beberapa sesi dagangan yang akan datang. Perak kelihatan telah membentuk "double bottom" yang berpotensi disekitar $ 14.66, dan menolak melalui tahap $ 15.95 dan $ 16.44 harus menunjukkan bahawa ia adalah dalam perjalanan untuk mewujudkan tahap harga tinggi yang lebih tinggi dan tahap harga rendah yang lebih tinggi. Tambahan pula, pasangan mata wang ini telah membentuk graf bar lilin "morning star" pada carta harian yang juga menunjukkan perubahan arah aliran harga yang berpotensi. Pedagang agresif boleh memulakan kedudukan membeli buat masa sekarang dengan menetapkan risiko di sekitar tahap $ 14,25 manakala persediaan perdagangan bagi pedagang konservatif pula menyarankan mereka untuk mengambil pesanan membeli semasa urusniaga harga rendah selepas harga menembusi tahap $ 15.95. Sokongan serta-merta dilihat terletak pada tahap $ 14.60 sementara rintangan pula dilihat terletak pada tahap $ 15.95 dan tahap yang lebih tinggi, masing-masing.
Cadangan Perdagangan:
Mulakan membuka kedudukan membeli, dengan menetapkan kedudukan Stop Loss pada tahap $14.25, dan sasaran adalah terbuka. Atau tunggu sehingga harga menembusi pada taha $15.95 dan membeli semasa urusniaga harga rendah.
Semoga berjaya!
