logo

FX.co ★ Analisis Teknikal Emas untuk 13 Julai, 2015

Analisis Teknikal Emas untuk 13 Julai, 2015

Harga emas masih didagangkan dalam aliran menurun dan membentuk corak harga rendah yang lebih rendah dan corak harga tinggi yang lebih rendah. Aliran menaik kelihatan seolah-olah tidak cukup kuat untuk mengatasi rintangan jangka pendek penting pertama yang terletak pada tahap $ 1,175. Sementara itu, aliran menurun dilihat masih kekal mendominasi aliran pasaran dan terdapat banyak isyarat yang menunjukkan bahawa pergerakan harga yang lebih rendah harus dijangka.

Analisis Teknikal Emas untuk 13 Julai, 2015

Garis biru - garis aliran rintangan

Garis merah - rintangan mendatar

Harga emas kini sedang ditolak oleh garis aliran rintangan condong menurun biru. Rintangan mendatar diwakili oleh garis aliran merah yang pernah bertindak sebagai sokongan dan ia adalah amat sukar untuk ditembusi. Penjual terus memberikan tekanan kepada harga emas. Harga kini sedang didagangkan di bawah Ichimoku cloud sekaligus mengesahkan kewujudan aliran penurunan harga

Analisis Teknikal Emas untuk 13 Julai, 2015

Garis biru - garis aliran sokongan jangka panjang

carta minggu ini telah dimulakan dengan aliran menurun. Sokongan jangka panjang kini sedang diuji. Penembusan harga di bawah tahap rendah minggu lalu pada harga $ 1,147 akan menjadi isyarat menjual utama dengan implikasi penurunan harga. Penutupan mingguan di bawah garis aliran biru akan menjadi langkah pertama sebelum harga menembusi tahap $ 1,130 dan bergerak ke arah tahap $ 1,000.

*Analisis pasaran yang dipaparkan di sini hanya bertujuan untuk meningkatkan kesedaran anda, tetapi bukan sebagai petunjuk untuk anda melakukan perdagangan
Pergi ke senarai artikel Pergi ke artikel pengarang ini Buka akaun dagangan