
Tinjauan Teknikal dan Persediaan Carta:
Emas kini sedang diniagakan di sekitar tahap $ 1,155.00/56.00 pada masa ini, mencari peluang untuk menembusi tahap $ 1,175.00 dan kemudianya pada tahap $ 1,190.00 seperti yang digambarkan di sini. Aliran kenaikkan harga diramalkan akan terus mengawal harga sehingga ia kekal berdagang di atas $ 1,147.00. Emas akan mengesahkan pembentukan bahagian bawah ketara disekitar $ 1,147.00 sebaik sahaja harga menembusi tahap rintangan awal pada $ 1,175.00. Oleh yang demikian, adalah disyorkan kepada para pedagang untuk kekal membeli buat masa sekarang dengan risiko ditetapkan pada $ 1,143.00. Sokongan serta-merta dilihat terletak pada tahap $ 1,147.00(interim), diikuti dengan $ 1,143.00 dan lebih rendah. Sementara rintangan pula dilihat terletak pada tahap $ 1,175.00 diikuti dengan $ 1,190.00 dan seterusnya tahap yang lebih tinggi.
Cadangan Perdagangan:
Kekal membeli buat masa sekarang, dengan menetapkan kedudukan Stop Loss pada tahap $1,143.00, dan sasaran adalah terbuka.
Semoga berjaya!
