logo

FX.co ★ Analisis Teknikal GBP/JPY untuk 15 Julai, 2015.

Analisis Teknikal GBP/JPY untuk 15 Julai, 2015.

Analisis Teknikal GBP/JPY untuk 15 Julai, 2015.

Pasangan mata wang GBP/JPY diramalkan akan mengukuh dengan kecenderungan kenaikkan harga, menjejaki pergerakan pasangan GBP/USD. Sentimen mata wang sterling dirangsang selepas kenyataan Gabenor Bank of England, Carney "Titik di mana kadar faedah boleh memulakan kenaikkan kini lebih hampir memandangkan prestasi ekonomi." Sementara itu, BOE David Miles berkata bank pusat harus mula menaikkan kadar faedah di UK tidak lama lagi untuk memastikan peningkatan masa hadapan dalam kos pinjaman yang lancar dan mantap.

Komen Teknikal:

Carta harian kelihatan bercampur-campur sebagaimana MACD adalah aliran menurun, bagaimanapun Stokastik kini beerada di dalam mod menaik.

Cadangan Perdagangan:

Pasangan mata wang ini berdagang di atas titik pangsi. Pasangan mata wang ini dijangkakan akan berdagang dalam julat yang lebih tinggi di atas titik pangsi tersebut. Selagi harga kekal berada di atas titik pangsi tersebut, dagangan dalam julat yang lebih tinggi adalah amat berpotensi dan kedudukan membeli dicadangkan kepada para pedagang di atas titik pangsi ini dengan meletakkan kedudukan sasaran pertama pada tahap 194 dan seterusnya sasaran yang kedua pada tahap 194.70. Untuk senario alternatif, sekiranya harga bergerak di bawah titik pangsi tersebut, maka para pedagang disarankan untuk membuka kedudukan menjual dengan menetapkan sasaran pertama pada tahap 191.50 sekiranya harga bergerak di bawah titik pangsi. Penembusan harga pada tahap sasaran ini akan membolehkan pasangan mata wang ini bergerak ke arah bawah yang seterusnya dengan sasaran kedua terletak pada tahap 190.65. Titik pangsi kekal terletak pada tahap 192.35.

Tahap Rintangan: 194 194.70 195.50

Tahap Sokongan; 191.50 190.65 190

*Analisis pasaran yang dipaparkan di sini hanya bertujuan untuk meningkatkan kesedaran anda, tetapi bukan sebagai petunjuk untuk anda melakukan perdagangan
Pergi ke senarai artikel Buka akaun dagangan