Berikutan kekurangan data makroekonomi, hari ini adalah merupakan hari yang tenang bagi pasaran mata wang euro dan USD. Harga sepatutnya meningkat pada hari Jumaat, walau bagaimanapun kerana kita tidak mempunyai data ekonomi berimpak tinggi untuk melihat ke hadapan.
Pasangan mata wang ini menutup di bawah 20Wsma. Pasangan mata wang ini juga telah menembusi wilayah pengedaran besar yang terletak di antara tahap 1.1467 dan 1.1437. Berdasarkan kepada carta harian, pasangan mata wang ini kelihatan telah kehilangan kesemua purata pergerakkan. Sokongan yang paling hampir dilihat terdapat pada tahap 1.0785. Kami menasihati kepada para pedagang agar mengambil pesanan menjual semasa kenaikkan harga dengan sasaran diletakkan pada tahap 1.0720. 20Wsma dilihat terletak pada tahap 1.1080. Pada selang masa yang berbeza (carta setiap jam dan harian), oscilator menyatakan tahap terlebih jual.
Pasangan mata wang ini telah menembusi corak harga rendah yang lebih rendah dan corak harga tinggi yang lebih rendah, jatuh di bawah bahagian bawah garis aliran menaik. Kami mengesyorkan kepada para pedagang agar mengambil pesanan menjual baru hanya di bawah tahap 1.0780 dengan sasaran awal terletak pada tahap 1.0720 dan melanjutkan pergerakkan ke arah 1.0630 kemudianya.
Rintangan urusniaga harian dilihat terletak pada tahap 1.0840, 1.0870 dan 1.0910. Sementara sokongan pula didapati masing-masing terletak pada tahap 1.0790, 1.0750 dan 1.0720.
Rintangan mingguan dilihat terletak pada tahap 1.0920, 1.0960 dan 1.0980. Manakala sokongan pula berada pada tahap 1.0790, 1.0720 dan 1.0650.
Sokongan bulanan didapati terletak di tahap 1.0730.


