logo

FX.co ★ Analisis Harian Pasangan Mata Wang Utama untuk 21 Julai, 2015

Analisis Harian Pasangan Mata Wang Utama untuk 21 Julai, 2015

EUR/USD: Aliran penurunan harga tidak menunjukkan sebarang tanda-tanda menaik pada minggu ini, walaupun tidak ada pergerakan yang ketara pada hari Isnin. Corak Pengesahan Penurunan harga kekal sah dalam pasaran, dan garis sokongan yang terletak pada tahap 1.0800 berpotensi untuk ditembusi. Sekiranya tahap sokongan ini berjaya ditembusi, maka sasaran seterusnya akan terletak di garis sokongan pada tahap 1.0750.

Analisis Harian Pasangan Mata Wang Utama untuk 21 Julai, 2015

USD/CHF: Pasangan mata wang USD/CHF masih menyatakan kesediaan untuk bergerak lebih tinggi sebanyak 40 pip pada Isnin. Ini adalah sedikit lanjutan kecenderungan aliran menaik dominan semasa, dan tahap rintangan pada 0.9650 berada di bawah pengepungan pada masa sekarang. Sekiranya rintangan ini berjaya ditembusi untuk aliran menaik, maka sasaran seterusnya akan berada pada tahap rintangan 0.9700.

Analisis Harian Pasangan Mata Wang Utama untuk 21 Julai, 2015

GBP/USD: Tanpa mengambil kira pengukuhan harga pada baru-baru ini, masih terdapat kecenderungan kenaikkan harga yang jelas pada pasangan mata wang ini. Untuk memastikan kecenderungan kenaikkan harga ini kekal sah, wilayah pengedaran 1.5650 mesti ditembusi untuk aliran menaik: jika tidak ia boleh menjadi risiko pembetulan penurunan harga yang kuat untuk minggu ini.

Analisis Harian Pasangan Mata Wang Utama untuk 21 Julai, 2015

USD/JPY: Instrumen perdagangan mata wang ini telah berdagang dalam aliran menaik untuk sebahagian besar bulan ini. Harga telah ditutup di atas tahap permintaan 124.00, harga dilihat bergerak menuju ke arah tahap bekalan yang terletak pada 124.50. Sekiranya tahap bekalan ini berjaya ditembusi untuk aliran menaik, maka sasaran seterusnya adalah pada tahap bekalan lain pada 125.00.

Analisis Harian Pasangan Mata Wang Utama untuk 21 Julai, 2015

EUR/JPY: Nasib bagi pasangan mata wang EUR/JPY ini akan ditentukan oleh apa yang berlaku ke atas mata wang euro. Euro pada masa ini didagangkan melemah - oleh yang demikian pasangan mata wang ini didagangkan dalam prospek penurunan harga. Prospek penurunan harga hanya boleh ditukar kepada kenaikkan harga sekiranya mata wang euro mengukuh dengan ketara.

Analisis Harian Pasangan Mata Wang Utama untuk 21 Julai, 2015

*Analisis pasaran yang dipaparkan di sini hanya bertujuan untuk meningkatkan kesedaran anda, tetapi bukan sebagai petunjuk untuk anda melakukan perdagangan
Pergi ke senarai artikel Buka akaun dagangan