logo

FX.co ★ Analisis Teknikal USD/CHF untuk 21 Julai 2015

Analisis Teknikal USD/CHF untuk 21 Julai 2015

Analisis Teknikal USD/CHF untuk 21 Julai 2015

Pasangan mata wang USD/CHF diramalkan akan mengukuh dengan kecenderungan aliran menaik selepas mencecah tahap tinggi hampir tiga bulan 0.9651 pada pagi ini. Pasangan mata wang ini juga telah disokong oleh sentimen dolar yang positif, ancaman campur tangan Bank Negara Swiss dalam penjualan CHF, kadar faedah Swiss yang negatif, dan penjualan franc semasa pasangan mata wang EUR/CHF melantun semula.

Komen Teknikal:

Carta harian dilihat berkecenderungan positif sebagaimana MACD dan Stokastik adalah aliran menaik, bagaimanapun ia kemudianya akan berada pada tahap terlebih beli. Purata pergerakkan lima dan 15-hari kian meningkat.

Cadangan Perdagangan:

Pasangan mata wang ini berdagang di atas titik pangsi. Pasangan mata wang ini dijangkakan akan berdagang dalam julat yang lebih tinggi di atas titik pangsi tersebut. Selagi harga kekal berada di atas titik pangsi tersebut, dagangan dalam julat yang lebih tinggi adalah amat berpotensi dan kedudukan membeli dicadangkan kepada para pedagang di atas titik pangsi ini dengan meletakkan kedudukan sasaran pertama pada tahap 0.9655 dan seterusnya sasaran yang kedua pada tahap 0.9690. Untuk senario alternatif, sekiranya harga bergerak di bawah titik pangsi tersebut, maka para pedagang disarankan untuk membuka kedudukan menjual dengan menetapkan sasaran pertama pada tahap 0.9535 sekiranya harga bergerak di bawah titik pangsi. Penembusan harga pada tahap sasaran ini akan membolehkan pasangan mata wang ini bergerak ke arah bawah yang seterusnya dengan sasaran kedua terletak pada tahap 0.95. Titik pangsi terletak pada tahap 0.9570.

Tahap Rintangan: 0.9655 0.9690 0.9745

Tahap Sokongan: 0.9535 0.95 0.9450

*Analisis pasaran yang dipaparkan di sini hanya bertujuan untuk meningkatkan kesedaran anda, tetapi bukan sebagai petunjuk untuk anda melakukan perdagangan
Pergi ke senarai artikel Buka akaun dagangan