logo

FX.co ★ Analisis Teknikal Emas untuk 28 Julai, 2015

Analisis Teknikal Emas untuk 28 Julai, 2015

Harga emas cuba untuk menembusi di atas tahap $ 1,100 semalam, walau bagaimanapun penjual tidak membenarkan harga menembusi di atas rintangan jangka pendek yang terletak pada tahap $ 1,103. Harga telah ditarik semula ke arah tahap sokongan pada $ 1,090, dan kita telah melihat beberapa isyarat bahawa lantunan harga yang lebih besar berkemungkinan akan berlaku pada hari ini atau esok menuju ke arah tahap $ 1,115-20.

Analisis Teknikal Emas untuk 28 Julai, 2015

Garis biru - garis aliran rintangan

Garis hijau - unjuran kenaikan sama saiz

Harga emas dilihat masih berdagang di bawah garis aliran rintangan biru dan di bawah Ichimoku cloud. Harga didapati telah membuat corak pembalikan kecil pada $ 1,080. Saya percaya bahawa sekiranya harga berjaya menembusi di atas tahap $ 1,103, maka kita akan dapat melihat lantunan harga yang lebih besar ke arah $ 1,120.

Analisis Teknikal Emas untuk 28 Julai, 2015

Garis biru - garis aliran sokongan jangka panjang

Carta mingguan kekal menurun. Harga kini sedang berdagang di bawah indikator tenkan- dan Kijun sen dan di bawah Ichimoku cloud. Disini kelihatan terdapat beberapa tanda cubaan kenaikkan harga untuk menolak harga bergerak lebih tinggi, walau bagaimanapun saya percaya bahawa $ 1,120 akan menjadi rintangan yang sangat kuat dan harga tidak akan dapat menembusi di atas tahap tersebut. Aliran keseluruhan harga kekal melemah selagi harga didagangkan di bawah tahap $ 1,150 dan sasaran kekal terletak berhampiran pada tahap $ 1,040- $ 980.

*Analisis pasaran yang dipaparkan di sini hanya bertujuan untuk meningkatkan kesedaran anda, tetapi bukan sebagai petunjuk untuk anda melakukan perdagangan
Pergi ke senarai artikel Pergi ke artikel pengarang ini Buka akaun dagangan