logo

FX.co ★ Analisis Harian GBP/JPY untuk 06 Ogos, 2015

Analisis Harian GBP/JPY untuk 06 Ogos, 2015

Analisis Harian GBP/JPY untuk 06 Ogos, 2015

Gambaran Keseluruhan:

Carta 4H menunjukkan bahawa pasangan mata wang ini masih cuba untuk melantun semula daripada tahap 184.95 sebagai sebahagian daripada corak penyatuan dari tahap 195.86. Oleh itu, para pedagang dinasihatkan agar lebih berhati-hati pada tahap rintangan kuat 195.86 dan perubahan arah aliran harga pada tahap harga semasa. Di bawah tahap 193.03, kecenderungan harga akan kembali kepada penurunan harga untuk menguji tahap sokongan 184.95. Namun demikian, penembusan harga yang jelas daripada tahap 195.86 akan mengesahkan semula kenaikkan harga dan mensasarkan tahap psikologi 200 seterusnya.

Bagi gambaran yang lebih besar, aliran menaik daripada tahap 116.83 masih berjalan dan akan mensasarkan ke tahap 61.8% penarikan semula pada 251.09 kepada 199.83 pada 199.80, yang terletak berhampiran dengan tahap psikologi 200. Momentum jangka sederhana tidak terlalu meyakinkan dengan keadaan melemah dalam perbezaan MACD mingguan. Kami akan berhati-hati dalam 'topping' jangka sederhana sekitar tahap 200 dan membawa kepada pembetulan harga dalam. Sementara itu,penembusan harga pada tahap 174.86 akan mencadangkan bahawa aliran harga kini telah bertukar lebih awal daripada yang kita harapkan.

Tahap Sokongan: 193.21, 192.37, 191.00

Tahap Rintangan: 193.53, 194.58, 195.82

*Analisis pasaran yang dipaparkan di sini hanya bertujuan untuk meningkatkan kesedaran anda, tetapi bukan sebagai petunjuk untuk anda melakukan perdagangan
Pergi ke senarai artikel Buka akaun dagangan