logo

FX.co ★ Analisis Harian Perak untuk 05 Ogos, 2015

Analisis Harian Perak untuk 05 Ogos, 2015

Analisis Harian Perak untuk 05 Ogos, 2015

Carta 4H menunjukkan bahawa, harga perak turun naik dalam jajaran yang kecil, berakhir di bawah tahap 14.70. Oleh yang demikian, kami terus memilih aliran menurun dalam sesi dagangan yang akan datang. Perak perlu menembusi tahap 14.40 bagi membolehkan harga bergerak ke arah sasaran seterusnya yang terletak pada tahap 12.80. EMA50 dan stokastik terus memberikan isyarat negatif, menyokong jangkaan penurunan harga.

Harga perak jatuh di bawah tahap rintangan saluran penruunan harga yang muncul dalam carta, yang mana harga telah mencapai EMA50 untuk mengukuhkannya, manakala stokastik menyediakan isyarat bertindih negatif dalam carta empat jam. Faktor-faktor ini telah mendorong kita untuk terus memihak kepada aliran penurunan harga dalam tempoh yang akan datang, Untuk membuka jalan ke arah 12.80, tahap 14.40 harus ditembusi.

Adalah diingatkan bahawa penembusan harga pada tahap 14.70 akan memberhentikan aliran penurunan semasa dan menolak harga untuk menguji tahap 16.05 sebelum mengesahkan aliran harga yang seterusnya.

  • Tahap Rintangan : R1(15) R2(14.88) R3(14.74)
  • Tahap Sokongan: S1(15) S2(14.88) S3(14.74)
*Analisis pasaran yang dipaparkan di sini hanya bertujuan untuk meningkatkan kesedaran anda, tetapi bukan sebagai petunjuk untuk anda melakukan perdagangan
Pergi ke senarai artikel Buka akaun dagangan