logo

FX.co ★ Analisis Teknikal USD/CHF untuk 05 Ogos, 2015

Analisis Teknikal USD/CHF untuk 05 Ogos, 2015

Analisis Teknikal USD/CHF untuk 05 Ogos, 2015

Pasangan mata wang USD/CHF diramalkan akan diniagakan dalam julat yang lebih tinggi. Pasangan mata wang ini telah menembusi di atas tahap rintangan utama 0.9715 semalam, sekaligus membuka laluan untuk harga bergerak menuju ke arah tahap 0.9845. Secara teknikal, purata pergerakkan harga utama kini telah meningkat, dan RSI urusniaga harian positif di atas tahap neutral pada 50. Selain itu, pasangan mata wang juga kelihatan lebih cenderung untuk membentuk "flag" corak kesinambungan kenaikkan harga. Dalam perspektif ini, selagi sokongan terletak pada tahap 0.9745, maka kami menjangkakan kesinambungan lantunan semula harga ke arah tahap 0.9845 selepas berhenti seketika.

Komen Teknikal:

Carta harian dilihat masih berkecenderungan negatif sebagaimana MACD dan Stokastik adalah aliran menurun, bagaimanapun ia kemudianya akan berada pada tahap terlebih jual. Purata pergerakkan lima hari kini berada di bawah purata pergerakkan 15-hari dan semakin menurun.

Cadangan Perdagangan:

Pasangan mata wang ini berdagang di atas titik pangsi. Pasangan mata wang ini dijangkakan akan berdagang dalam julat yang lebih tinggi di atas titik pangsi tersebut. Selagi harga kekal berada di atas titik pangsi tersebut, dagangan dalam julat yang lebih tinggi adalah amat berpotensi dan kedudukan membeli dicadangkan kepada para pedagang di atas titik pangsi ini dengan meletakkan kedudukan sasaran pertama pada tahap 0.9810 dan seterusnya sasaran yang kedua pada tahap 0.9845. Untuk senario alternatif, sekiranya harga bergerak di bawah titik pangsi tersebut, maka para pedagang disarankan untuk membuka kedudukan menjual dengan menetapkan sasaran pertama pada tahap 0.9710. Penembusan harga pada tahap sasaran ini akan membolehkan pasangan mata wang ini bergerak ke arah bawah yang seterusnya dengan sasaran kedua terletak pada tahap 0.9665. Titik pangsi terletak pada tahap 0.9745.

Tahap Rintangan: 0.9810 0.9845 0.9875

Tahap Sokongan: 0.9715 0.9665 0.9615

*Analisis pasaran yang dipaparkan di sini hanya bertujuan untuk meningkatkan kesedaran anda, tetapi bukan sebagai petunjuk untuk anda melakukan perdagangan
Pergi ke senarai artikel Buka akaun dagangan