Harga emas telah berjaya menembusi di atas corak segi tiga, walau bagaimanapun kami mendapati terdapat rintangan pada garis aliran condong menurun. Sepertimana yang telah saya nyatakan semalam, kita tidak harus lupa bahawa harga berkemungkinan besar akan melantun dalam pasaran menurun jangka panjang yang lebih besar, oleh yang demikian para pedagang perlu lebih berhati-hati dengan aliran menaik.

Garis biru - garis aliran rintangan jangka panjang
Garis hijau - corak segi tiga
Harga emas kini sedang didagangkan di atas Ichimoku cloud. Ini adalah merupakan isyarat kenaikkan harag dan itulah sebabnya mengapa kita akhirnya menyaksikan penembusan harga di atas segi tiga. Walau bagaimanapun lantunan harga ini telah terhenti pada garis aliran rintangan condong menurun biru pada tahap $ 1,110. Penarikan semula harga ke arah sokongan cloud pada tahap $ 1,090 berkemungkinan akan menjadi ujian semula penembusan cloud. Penembusan harga di bawah tahap ini akan menjadi petanda penurunan harga sebagaimana ia akan disifatkan sebagai penembusan harga palsu.

Garis biru - garis aliran rintangan
Carta mingguan seperti yang kita harapkan menunjukkan beberapa tanda-tanda kenaikkan harga dan kita perlu bersedia untuk lantunan harga yang lebih tinggi dan bermungkinan ke arah tahap $ 1,130-40. Rintangan mingguan didapati terletak pada tahap $ 1,130-40. Oleh yang demikian, walaupun aliran menaik berjaya menembusi di atas tahap rintangan $ 1,110, kita akan melihat tekanan jualan yang kuat kembali di sekitar tahap $ 1,130 di mana emas pada mulanya memulakan penembusan pada 'triple bottom'. Sokongan pada tahap $ 1,077 adalah kritikal dan hanya penembusan di bawah tahap ini akan menjadikan tahap $ 1,040 sebagai sasaran 1 dan di bawah tahap $ 1,000 sebagai sasaran seterusnya.
