EUR/USD: Pasangan mata wang EUR/USD kini telah didagangkan dalam aliran menaik bagi dagangan tempoh terdekat. Harga dilihat telah bergerak naik pada minggu lalu, menguji garis rintangan yang terletak pada tahap 1.1200. Harga berkemungkinan akan bergerak di atas garis rintangan minggu ini kerana ia diramalkan akan menuju ke arah garis rintangan seterusnya pada tahap 1.1250 dan 1.1300. Ia adalah merupakan sasaran untuk minggu ini sebagaimana Corak Pengesahan Kenaikkan harga di pasaran adalah amat jelas kelihatan.

USD/CHF: Walaupun pasangan mata wang ini telah didagangkan dalam aliran menurun pada minggu lalu, ditutup pada tahap 0.9758, prospek kenaikan harga baru-baru ini adalah tidak sah. Apa yang boleh membatalkan prospek kenaikan harga adalah apabila harga ditutup di bawah tahap sokongan pada 0.9650. Walau bagaimanapun sekiranay perkara ini tidak berlaku, maka kami meramalkan pada minggu ini kita akan boleh melihat beberapa percubaan kenaikkan harga yang memberangsangkan, terutamanya jika USD cuba untuk mengumpul lebih banyak stamina.

GBP/USD: Usaha kenaikkan harga bagi pasangan mata wang ini telah membawa kepada isyarat kenaikkan harga yang lebih tinggi. Walau bagaimanapun, terdapat satu halangan yang perlu diatasi - wilayah pengedaran pada tahap 1.5650. Wilayah pengedaran ini telah menolak penuh usaha kenaikkan harga selama beberapa minggu kebelakangan ini, dan harga perlu ditutup di atasnya bagi memastikan isyarat kenaikkan harga kekal sah. Jika tidak, mungkin akan terdapat pembetulan aliran menurun pada minggu ini.

USD/JPY: Gambaran keseluruhan pada instrumen perdagangan mata wang ini menunjukkan bahawa tidak ada arah aliran harga yang dominan dalam pasaran. Upswing dan downswings sering bersifat sementara dan 'short-lived' dan aliran harga yang kekal juga agak jarang berlaku. Pasaran ini, bagaimanapun, baik untuk scalpers dan spekulator urusniaga harian. Minggu ini, adalah diramalkan bahawa harga akan bergerak sama ada di atas tahap bekalan 125.50 atau di bawah tahap permintaan 123.50. Sekiranya ini berlaku, maka ia akan menandakan kenaikkan harga harga atau prospek penurunan harga.

EUR/JPY: Pasangan mata wang EUR/JPY telah melonjak naik dengan ketara pada minggu lepas, meningkat daripada zon permintaan 136.00 dan bergerak di atas zon bekalan yang terletak pada tahap 138.50. kesinambungan kenaikkan harga berkemungkinan akan berlaku pada minggu ini melainkan sekiranya mata wang Yen mendapat kekuatan yang banyak untuk euro, yang mana ini adalah merupakan satu kemungkinan

