logo

FX.co ★ Analisis Harian Pasangan Mata wang GBP/USD untuk 18 Ogos, 2015

Analisis Harian Pasangan Mata wang GBP/USD untuk 18 Ogos, 2015

Berdasarkan kepada carta harian, pasangan mata wang GBP/USD ini kelihatan telah membuat penarikan semula harga pada rintangan yang terletak di tahap 1.5640 dan harga telah bersedia untuk menguji di sekitar SMA 200, bertepatan dengan kedudukan zon sokongan pada tahap 1.5543. Adalah diingatkan kepada para pedagang bahawa penembusan harga pada tahap tersebut untuk aliran menurun akan membolehkan pasangan mata wang ini mencapai tahap sokongan 1.5450 pada jangka pertengahan. Indikator MACD kini sedang memasuki wilayah neutral.

Analisis Harian Pasangan Mata wang GBP/USD untuk 18 Ogos, 2015

Prospek jangka pendek telah mendorong harga untuk melantun semula pada tahap sokongan 1.5587, di mana SMA 200 terletak pada carta 1H. Senario ini mungkin terima kasih kepada aliran keseluruhan, di mana pasangan mata wang GBP/USD kini didapati sedang mengikutinya pada dagangan jangka panjang, walau bagaimanapun kami tidak boleh mengecualikan penembusan harga ke arah tahap sokongan 1.5532 untuk tempoh beberapa jam yang akan datang.

Analisis Harian Pasangan Mata wang GBP/USD untuk 18 Ogos, 2015

Tahap Rintangan Carta Harian: 1.5640 / 1.5761

Tahap Sokongan Carta Harian: 1.5543 / 1.5450

Tahap Rintangan Carta 1H: 1.5632 / 1.5679

Tahap Sokongan Carta 1H: 1.5587 / 1.5532

Cadangan Perdagangan untuk Hari Ini: Berdasarkan pada carta 1H, para pedagang disarankan untuk mengambil pesanan membeli (beli) hanya sekiranya pasangan mata wang GBP/USD ini berjaya menembusi cartalilin kenaikkan harga; dengan menetapkan rintangan pada tahap 1.5632, take profit di tahap 1.5679, dan stop loss pada tahap 1.5583.

*Analisis pasaran yang dipaparkan di sini hanya bertujuan untuk meningkatkan kesedaran anda, tetapi bukan sebagai petunjuk untuk anda melakukan perdagangan
Pergi ke senarai artikel Buka akaun dagangan