logo

FX.co ★ Analisis Teknikal GBP/JPY untuk 18 Ogos, 2015

Analisis Teknikal GBP/JPY untuk 18 Ogos, 2015

Analisis Teknikal GBP/JPY untuk 18 Ogos, 2015

Pasangan mata wang GBP/JPY ini diramalkan akan diniagakan dengan kecenderungan kenaikkan harga. Pasangan mata wang ini telah melantun semula dan mencatatkan puncak harga yang lebih tinggi dan rendah, mengesahkan pembalikan aliran urusniaga harian. Rintangan sebelumnya yang terletak pada tahap 194.10 kini perlu memainkan peranan sebagai tahap rintangan utama. Manakala penurunan tempoh urusniaga harian MA 50 juga mengekalkan kecenderungan kenaikkan harga. Sasaran pertama kenaikkan ditetapkan pada tahap rintangan mendatar dan bertindih pada tahap 195.50. Penembusan harga di atas tahap ini akan membuka jalan untuk pasangan mata wang melanjutkan kekuatan ke arah tahap 196.05 dalam lanjutan.

Cadangan perdagangan:

Pasangan mata wang ini berdagang di atas titik pangsi. Pasangan mata wang ini dijangkakan akan berdagang dalam julat yang lebih tinggi di atas titik pangsi tersebut. Selagi harga kekal berada di atas titik pangsi tersebut, dagangan dalam julat yang lebih tinggi adalah amat berpotensi dan kedudukan membeli dicadangkan kepada para pedagang di atas titik pangsi ini dengan meletakkan kedudukan sasaran pertama pada tahap 195.50 dan seterusnya sasaran yang kedua pada tahap 196.05. Untuk senario alternatif, sekiranya harga bergerak di bawah titik pangsi tersebut, maka para pedagang disarankan untuk membuka kedudukan menjual dengan menetapkan sasaran pertama pada tahap 193.70 sekiranya harga bergerak di bawah titik pangsi. Penembusan harga pada tahap sasaran ini akan membolehkan pasangan mata wang ini bergerak ke arah bawah yang seterusnya dengan sasaran kedua terletak pada tahap 193. Titik pangsi terletak pada tahap 194.10.

Tahap Rintangan: 195.05 196.05 196.75

Tahap Sokongan: 193.70 193 192.15

*Analisis pasaran yang dipaparkan di sini hanya bertujuan untuk meningkatkan kesedaran anda, tetapi bukan sebagai petunjuk untuk anda melakukan perdagangan
Pergi ke senarai artikel Buka akaun dagangan