logo

FX.co ★ Analisis Harian GBP/USD untuk 20 Ogos, 2015

Analisis Harian GBP/USD untuk 20 Ogos, 2015

Berdasarkan kepada carta harian, pasangan mata wang GBP/USD dilihat masih didagangkan dalam aliran menaik di atas tahap sokongan 1.5640. Tumpuan kekal di sekitar tahap 1.5761, di mana penembusan harga harus membuka jalan untuk harga menguji zon rintangan yang berikutnya yang terletak pada tahap 1.5881. Walau bagaimanapun, para pedagang perlu mencari pembentukan corak kenaikan harga dalam tempoh masa yang lebih rendah untuk mengesahkan kecenderungan aliran kenaikkan harga ini.

Analisis Harian GBP/USD untuk 20 Ogos, 2015

Tingkah laku harga bagi pasangan mata wang ini adalah berdasarkan kepada reaksi penjual pada tahap rintangan 1.5679, di mana penarikan semula harga sepatutnya berlaku ke arah tahap 1.5632 di dalam carta 1H, walau bagaimanapun masih tidak terdapat corak pertukaran aliran harga yang jelas bagi membolehkan harga ditarik semula dalam tempoh dagangan sederhana. Walau bagaimanapun, prospek jangka pendek masih memanggil kenaikkan harga apabila harga meningkat di sekitar zon 1.5679 dengan mensasarkan ke tahap 1.5715.

Analisis Harian GBP/USD untuk 20 Ogos, 2015

Tahap Rintangan Carta Harian: 1.5761 / 1.5881

Tahap Sokongan Carta Harian: 1.5640 / 1.5543

Tahap Rintangan Carta 1H: 1.5679 / 1.5715

Tahap Sokongan Carta 1H : 1.5632 / 1.5587

Cadangan Perdagangan untuk Hari Ini: Berdasarkan pada carta 1H, para pedagang disarankan untuk mengambil pesanan membeli (beli) hanya sekiranya pasangan mata wang GBP/USD ini berjaya menembusi cartalilin kenaikkan harga; dengan menetapkan rintangan pada tahap 1.5679, take profit di tahap 1.5715, dan stop loss pada tahap 1.5644.

*Analisis pasaran yang dipaparkan di sini hanya bertujuan untuk meningkatkan kesedaran anda, tetapi bukan sebagai petunjuk untuk anda melakukan perdagangan
Pergi ke senarai artikel Buka akaun dagangan