logo

FX.co ★ Analisis Teknikal USD/CHF untuk 20 Ogos, 2015

Analisis Teknikal USD/CHF untuk 20 Ogos, 2015

Analisis Teknikal USD/CHF untuk 20 Ogos, 2015

Pasangan mata wang USD/CHF ini dijangkakan akan diniagakan dengan kecenderungan penurunan harga. Pasangan mata wang ini telah jatuh mendadak semalam selepas menembusi aliran menurun pada tahap 0.9720, yang mewakili sempadan harga lebih rendah pada corak julat perdagangan. Pasangan mata wang ini berkemungkinan besar akan melanjutkan penurunan harga ke arah tahap 0.9598 (unjuran Fibonacci). Indikator teknikal adalah penurunan harga; tempoh MA 20 dan 50 diterbalikkan ke arah bawah, dan RSI urusniaga harian adalah berorientasikan negatif. Oleh itu, selagi harga masih belum menembusi pada tahap 0.9690, maka harga akan melanjutkan aliran menurun seterusnya ke tahap 0.9590 dan 0.9540.

Cadangan Perdagangan:

Pasangan mata wang kini sedang berdagang di bawah titik pangsi. Oleh itu pasangan mata wang ini dijangkakan akan berdagang dalam julat yang lebih rendah selagi harga kekal berada di bawah titik pangsi tersebut. Kedudukan menjual dicadangkan kepada para pedagang dengan meletakkan kedudukan sasaran pertama pada tahap 0.9590. Penembusan harga pada tahap sasaran ini akan membawa harga bergerak ke arah bawah yang seterusnya hingga ke tahap 0.9540. Titik pangsi kekal berada pada tahap 0.9690. Sekiranya harga bergerak ke arah yang bertentangan dan melantun semula daripada tahap sokongan tersebut dan bergerak di atas titik pangsi, maka harga dijangkakan akan meneruskan pergerakkan menaik. Berdasarkan kepada situasi ini, kedudukan membeli adalah dicadangkan kepada para pedagang dengan sasaran pertama diletakkan pada tahap 0.9745 dan sasaran kedua pada tahap 0.98.

Tahap Rintangan: 0.9745 0.98 0.9840

Tahap Sokongan: 0.9590 0.9540 0.95

*Analisis pasaran yang dipaparkan di sini hanya bertujuan untuk meningkatkan kesedaran anda, tetapi bukan sebagai petunjuk untuk anda melakukan perdagangan
Pergi ke senarai artikel Buka akaun dagangan