logo

FX.co ★ Analisis Harian Pasangan Mata wang Utama untuk 24 Ogos, 2015

Analisis Harian Pasangan Mata wang Utama untuk 24 Ogos, 2015

EUR/USD: Instrumen perdagangan mata wang ini merupakan salah satu yang paling kuat diantara pasangan mata wang utama lain. Berhampiran garis sokongan pada tahap 1.1050, harga dilihat telah melonjak naik lebih daripada 320 pips, menutup pada tahap 1.1384. Garis rintangan yang terletak di tahap 1.1400 adalah merupakan sasaran mudah untuk kenaikan harga pada minggu ini. Harga juga berkemungkinan akan menembusi tahap lebih tinggi.

Analisis Harian Pasangan Mata wang Utama untuk 24 Ogos, 2015

USD/CHF: Pasangan mata wang USD/CHF ini telah menghasilkan graviti, menjunam sebanyak 300 pips. Terdapat rintangan pada tahap 0.9550 dan 0.9600, yang sepatutnya menghalang turutan kenaikkan harga pada minggu ini. Juga terdapat tahap sokongan pada 0.9450 dan 0.9400, yang akan disasarkan oleh aliran penurunan harga. Sebagaimana mata wang USD melemah manakala CHF adalah tersangat kuat, adalah logik untuk membuat kesimpulan bahawa pergerakan penurunan harga semasa boleh dilanjutkan untuk seketika.

Analisis Harian Pasangan Mata wang Utama untuk 24 Ogos, 2015

GBP/USD: Ini adalah contoh yang terbaik untuk pertempuran hebat di antara aliran kenaikkan dan penurunan harga. Pasangan mata wang ini seharusnya bergerak lebih tinggi dalam mod yang selari positif dengan pasangan mata wang EUR/USD: harga telah didagangkan di atas kawasan pengumpulan sukar pada tahap 1.5650. Terdapat pertempuran baru di wilayah pengedaran pada tahap 1.5700, walau bagaimanapun aliran menaik telah mendominasi, walaupun ia bukanlah suatu perkara yang mudah.

Analisis Harian Pasangan Mata wang Utama untuk 24 Ogos, 2015

USD/JPY: Pasangan mata wang USD/JPY ini telah menamatkan fasa keseimbangan pada beberapa minggu sebagaimana harga menjunam secara besar-besaran minggu lalu. Beberapa tahap permintaan sebelum ini telah bertukar menjadi tahap bekalan, dan harga kini terletak berhampiran dengan tahap permintaan pada tahap 121.50, yang mana ia boleh ditembusi dengan mudah sekiranya tekanan jualan semasa ini berterusan. Ini adalah isyarat penurunan harga yang telah lama ditunggu-tunggu - ia berpotensi untuk terus mengukuh pada minggu ini.

Analisis Harian Pasangan Mata wang Utama untuk 24 Ogos, 2015

EUR/JPY: Terdapat Corak Pengesahan Kenaikkan Harga pada pasaran ini dan terdapat kecenderungan bahawa harga boleh terus menuju lebih tinggi, terutama dalam menghadapi kekuatan mata wang euro. Kerugian awal yang dilakukan oleh aliran menaik minggu lalu kini telah pulih dan harga berkemungkinan akan pergi lebih tinggi.

Analisis Harian Pasangan Mata wang Utama untuk 24 Ogos, 2015

*Analisis pasaran yang dipaparkan di sini hanya bertujuan untuk meningkatkan kesedaran anda, tetapi bukan sebagai petunjuk untuk anda melakukan perdagangan
Pergi ke senarai artikel Buka akaun dagangan