logo

FX.co ★ Analisis Teknikal GBP/JPY untuk 24 Ogos, 2015

Analisis Teknikal GBP/JPY untuk 24 Ogos, 2015

Analisis Teknikal GBP/JPY untuk 24 Ogos, 2015

Pasangan mata wang GBP/JPY dijangkakan akan diniagakan dalam julat harga yang lebih rendah. Pasangan mata wang ini akhirnya telah menembusi ke arah bawah selepas sesi dagangan tidak menentu. Harga diniagakan di sekitar Bollinger band yang lebih rendah sepertimana band terus melebar. Sementara itu, ursuniaga harian MA 20 kini sudah berpindah di bawah MA 50, dan RSI urusniaga harian telah ditolak di bawah paras terlebih jual 30 dan tidak menunjukkan sebarang tanda-tanda perbezaan kenaikan harga. Sasaran penurunan pertama yang terletak pada tahap 184.550 sudah di depan mata. Hanya penembusan harga di atas tahap rintangan utama 189.35 akan mengubah tinjauan kenaikkan harga urusniaga harian dan memanggil lantunan harga sekali lagi ke arah sasaran menaik alternatif pertama pada tahap 0.7360.

Cadangan Perdagangan:

Pasangan mata wang kini sedang berdagang di bawah titik pangsi. Oleh itu pasangan mata wang ini dijangkakan akan berdagang dalam julat yang lebih rendah selagi harga kekal berada di bawah titik pangsi tersebut. Kedudukan menjual dicadangkan kepada para pedagang dengan meletakkan kedudukan sasaran pertama pada tahap 184.55. Penembusan harga pada tahap sasaran ini akan membawa harga bergerak ke arah bawah yang seterusnya hingga ke tahap 182.75. Titik pangsi kekal berada pada tahap 189.35. Sekiranya harga bergerak ke arah yang bertentangan dan melantun semula daripada tahap sokongan tersebut dan bergerak di atas titik pangsi, maka harga dijangkakan akan meneruskan pergerakkan menaik. Berdasarkan kepada situasi ini, kedudukan membeli adalah dicadangkan kepada para pedagang dengan sasaran pertama diletakkan pada tahap 191.10 dan sasaran kedua pada tahap 192.10.

Tahap Rintangan: 191.10 192.10 193

Tahap Sokongan: 184.54 182.75 182

*Analisis pasaran yang dipaparkan di sini hanya bertujuan untuk meningkatkan kesedaran anda, tetapi bukan sebagai petunjuk untuk anda melakukan perdagangan
Pergi ke senarai artikel Buka akaun dagangan