
Pasangan mata wang USD/JPY ini diramalkan akan diniagakan dengan kecenderungan penurunan harga. Semalam, dolar AS dan saham kekal menurun di tengah-tengah 'sell-off' saham global. Dow Jones Industrial Average jatuh 3.6% lagi untuk menutup pada tahap 15.871, paras penutupan terendah dalam tempoh 18 bulan, dengan jumlah saham dagangan sebanyak 13.9 bilion, jumlah dagangan harian yang terbesar sejak Ogos 2011. S&P 500 jatuh 3.9% kepada 1.893, manakala Komposit Nasdaq jatuh 3.8% kepada 4,526. Minyak mentah ditutup 5.5% pada harga $ 38.24 setong, paras penutupan yang paling rendah dalam tempoh 6.5 tahun. Sekali lagi, pembelian 'safe-haven' bon kerajaan AS telah menolak jatuh hasil Perbendaharaan 10 tahun kepada 1.997%, terendah sejak April. Sementara mata wang dolar AS jatuh menurun berbanding euro (tahap tertinggi EUR/USD pada tahap 1.1714), yen Jepun (USD/JPY terendah pada tahap 116.14), dan franc Switzerland (USD/CHF terendah pada 0.9254). Mengenai pasangan mata wang USD/JPY, pasangan ini telah mencatatkan pemulihan dari tahap rendah semalam 116.14. Penurunan bagi tempoh pergerakkan urusniaga harian 20- dan 50- mengekalkan kecenderungan penurunan harga. Selagi rintangan utama yang terletak pada tahap 120.25 ini tidak dilepasi, tindakan harga yang tidak menentu dengan kecenderungan aliran menurun dijangka. Sasaran penurunan pertama ditetapkan pada tahap mendatar 118.25, dan yang kedua pada tahap 117.
Cadangan Perdagangan:
Pasangan mata wang kini sedang berdagang di bawah titik pangsi. Oleh itu pasangan mata wang ini dijangkakan akan berdagang dalam julat yang lebih rendah selagi harga kekal berada di bawah titik pangsi tersebut. Kedudukan menjual dicadangkan kepada para pedagang dengan meletakkan kedudukan sasaran pertama pada tahap 118.25. Penembusan harga pada tahap sasaran ini akan membawa harga bergerak ke arah bawah yang seterusnya hingga ke tahap 117. Titik pangsi kekal berada pada tahap 120.55. Sekiranya harga bergerak ke arah yang bertentangan dan melantun semula daripada tahap sokongan tersebut dan bergerak di atas titik pangsi, maka harga dijangkakan akan meneruskan pergerakkan menaik. Berdasarkan kepada situasi ini, kedudukan membeli adalah dicadangkan kepada para pedagang dengan sasaran pertama diletakkan pada tahap 121.30 dan sasaran kedua pada tahap 122.35.
Tahap Rintangan: 121.30 122.35 123
Tahap Sokongan: 118.25 117 116.20
