logo

FX.co ★ Analisis Harian GBP/USD untuk 26 Ogos, 2015

Analisis Harian GBP/USD untuk 26 Ogos, 2015

Berdasarkan kepada carta harian, pasangan mata wang GBP/USD dilihat telah membuat penarikan semula harga ke tahap rintangan 1.5761, selepas momentum menaik bagi pasangan mata wang ini telah diterima pada awal minggi ini. Oleh yang demikian, para pedagang harus diingatkan bahawa harga berkemungkinan akan menguji disekitar tahap 1.5640, di mana pasangan ini berpotensi untuk membuat penarikan semula harga yang seterusnya. Indikator MACD kini masih berada di kawasan positif.

Analisis Harian GBP/USD untuk 26 Ogos, 2015

Pasangan mata wang kini dilihat sedang membentuk corak harga rendah yang lebih rendah di bawah tahap rintangan 1.5715. Pada masa ini, harga sedang mencari sokongan dinamik kuat pada SMA 200 di dalam carta 1H. Ia berkemungkinan akan memberikan satu lagi kenaikan harga baru untuk pasangan mata wang ini didagangkan dalam aliran kenaikan harga secara keseluruhanya. Aliran kenaikkan harga menunjukkan bahawa tahap rintangan ditemui terletak pada 1.5715 dan 1.5763. Indikator MACD menjadi terlebih jual.

Analisis Harian GBP/USD untuk 26 Ogos, 2015

Tahap Rintangan Carta Harian: 1.5761 / 1.5881

Tahap Sokongan Carta Harian: 1.5640 / 1.5543

Tahap Rintangan Carta 1H: 1.5715 / 1.5763

Tahap Sokongan Carta 1H: 1.5680 / 1.5632

Cadangan Perdagangan untuk Hari Ini: Berdasarkan pada carta 1H, para pedagang disarankan untuk mengambil pesanan membeli (beli) hanya sekiranya pasangan mata wang GBP/USD ini berjaya menembusi cartalilin kenaikkan harga; dengan menetapkan rintangan pada tahap 1.5715, take profit pada tahap 1.5763, dan stop loss pada tahap 1.5665.

*Analisis pasaran yang dipaparkan di sini hanya bertujuan untuk meningkatkan kesedaran anda, tetapi bukan sebagai petunjuk untuk anda melakukan perdagangan
Pergi ke senarai artikel Buka akaun dagangan