logo

FX.co ★ Analisis Teknikal USD/CHF untuk 26 Ogos, 2015

Analisis Teknikal USD/CHF untuk 26 Ogos, 2015

Analisis Teknikal USD/CHF untuk 26 Ogos, 2015

Pasangan mata wang USD/CHF ini diramalkan akan diniagakan dengan kecenderungan kenaikan harga di atas tahap 0.9375. Harga kini sedang diniagakan pada tahap 0.9417, pasangan mata wang dilihat sedang mencabar sokongan utama yang terletak di tahap 0.9375. Selagi tahap harga ini tidak ditembusi,maka prospek urusniaga harian kekal positif. Sebagaimana indikator momentum RSI telah beralih, dan tempoh MA 50 masih bertindak sebagai sokongan. Pasangan mata wang ini masih berdagang menuju ke arah tahap tinggi yang lebih tinggi dan tahap rendah yang lebih tinggi pada asas urusniaga harian, oleh itu, di atas tahap 0.9375, para pedagang dinasihatkan agar memerhatikan lantunan harga baru ke tahap 0.9505 dan 0.9550 (tahap tinggi yang telah dicapai pada 25 Ogos) dalam kesinambungan aliran harga.

Cadangan Perdagangan:

Pasangan mata wang ini berdagang di atas titik pangsi. Pasangan mata wang ini dijangkakan akan berdagang dalam julat yang lebih tinggi di atas titik pangsi tersebut. Selagi harga kekal berada di atas titik pangsi tersebut, dagangan dalam julat yang lebih tinggi adalah amat berpotensi dan kedudukan membeli dicadangkan kepada para pedagang di atas titik pangsi ini dengan meletakkan kedudukan sasaran pertama pada tahap 0.9505 dan seterusnya sasaran yang kedua pada tahap 0.9550. Untuk senario alternatif, sekiranya harga bergerak di bawah titik pangsi tersebut, maka para pedagang disarankan untuk membuka kedudukan menjual dengan menetapkan sasaran pertama pada tahap 0.9245 sekiranya harga bergerak di bawah titik pangsi. Penembusan harga pada tahap sasaran ini akan membolehkan pasangan mata wang ini bergerak ke arah bawah yang seterusnya dengan sasaran kedua terletak pada tahap 0.92. Titik pangsi terletak pada tahap 0.93.

Tahap Rintangan: 0.9505 0.9550 0.96

Tahap Sokongan: 0.9245 0.92 0.9160

*Analisis pasaran yang dipaparkan di sini hanya bertujuan untuk meningkatkan kesedaran anda, tetapi bukan sebagai petunjuk untuk anda melakukan perdagangan
Pergi ke senarai artikel Buka akaun dagangan