logo

FX.co ★ Analisis Teknikal GBP/JPY untuk 01 September, 2015

Analisis Teknikal GBP/JPY untuk 01 September, 2015

Analisis Teknikal GBP/JPY untuk 01 September, 2015

Pasangan mata wang GBP/JPY ini diramalkan akan diniagakan dengan kecenderungan penurunan harga apabila rintangan utama dilihat berada pada tahap 185.45. Pasangan mata wang kini dilihat sedang bergerak mendatar di bawah rintangan utama pada tahap 185.45. RSI urusniaga harian didapati terletak di sekitar 50 dengan kekurangan momentum menaik. Oleh itu, sasaran untuk aliran penurunan harga pertama ditetapkan pada tahap rendah 183.15, yang mana ia telah ditembusi pada 27 Ogos lalu. Penembusan harga di bawah tahap ini akan membuka jalan untuk harga bergerak menuju ke arah sokongan mendatar dan pertindihan harga pada tahap 182.50. Hanya penembusan harga di atas tahap rintangan utama 183.15 sahaja yang akan memanggil kenaikkan harga selanjutnya.

Cadangan Perdagangan:

Pasangan mata wang kini sedang berdagang di bawah titik pangsi. Oleh itu pasangan mata wang ini dijangkakan akan berdagang dalam julat yang lebih rendah selagi harga kekal berada di bawah titik pangsi tersebut. Kedudukan menjual dicadangkan kepada para pedagang dengan meletakkan kedudukan sasaran pertama pada tahap 183.15. Penembusan harga pada tahap sasaran ini akan membawa harga bergerak ke arah bawah yang seterusnya hingga ke tahap 182.50. Titik pangsi kekal berada pada tahap 185.45. Sekiranya harga bergerak ke arah yang bertentangan dan melantun semula daripada tahap sokongan tersebut dan bergerak di atas titik pangsi, maka harga dijangkakan akan meneruskan pergerakkan menaik. Berdasarkan kepada situasi ini, kedudukan membeli adalah dicadangkan kepada para pedagang dengan sasaran pertama diletakkan pada tahap 186.60 dan sasaran kedua pada tahap 187.35.

Tahap Rintangan: 186.60 187.35 188

Tahap Sokongan: 183.15 182.50 182

*Analisis pasaran yang dipaparkan di sini hanya bertujuan untuk meningkatkan kesedaran anda, tetapi bukan sebagai petunjuk untuk anda melakukan perdagangan
Pergi ke senarai artikel Buka akaun dagangan