
Pasangan mata wang GBP/JPY diramalkan akan diniagakan dalam julat harga yang lebih rendah sebagaimana tahap rintangan utama dilihat berada pada 185.45. Pasangan mata wang kini dilihat sedang bergerak mendatar di bawah rintangan utama pada tahap 185.45. RSI urusniaga harian dilihat terletak sekitar 50 mengurangkan momentum menaik. Sasaran penurunan pertama didapati terletak pada tahap 186.16. Penembusan harga di bawah tahap ini akan membuka jalan untuk harga bergerak turun menuju ke arah sokongan mendatar dan pertindihan harga pada tahap 182.50. Hanya penembusan harga di atas tahap rintangan utama 185.45 sahaja yang akan memanggil kesinambungan aliran menaik ke tahap yang lebih tinggi lagi.
Cadangan Perdagangan:
Pasangan mata wang kini sedang berdagang di bawah titik pangsi. Oleh itu pasangan mata wang ini dijangkakan akan berdagang dalam julat yang lebih rendah selagi harga kekal berada di bawah titik pangsi tersebut. Kedudukan menjual dicadangkan kepada para pedagang dengan meletakkan kedudukan sasaran pertama pada tahap 183.15. Penembusan harga pada tahap sasaran ini akan membawa harga bergerak ke arah bawah yang seterusnya hingga ke tahap 182.50. Titik pangsi kekal berada pada tahap 185.45. Sekiranya harga bergerak ke arah yang bertentangan dan melantun semula daripada tahap sokongan tersebut dan bergerak di atas titik pangsi, maka harga dijangkakan akan meneruskan pergerakkan menaik. Berdasarkan kepada situasi ini, kedudukan membeli adalah dicadangkan kepada para pedagang dengan sasaran pertama diletakkan pada tahap 186.60 dan sasaran kedua pada tahap 187.35.
Tahap Rintangan: 186.60 187.35 188
Tahap Sokongan: 183.15 182.50 182
