logo

FX.co ★ Analisis teknikal Emas untuk 04 September, 2015

Analisis teknikal Emas untuk 04 September, 2015

Analisis teknikal Emas untuk 04 September, 2015

Tinjauan teknikal dan persediaan carta:

Emas dilihat terus jatuh ke tahap harga yang lebih rendah seperti yang diharapkan dan ia kini sedang didagangkan di sekitar tahap $ 1,118.00. Para pedagang harus diingatkan bahawa emas bertindak balas/bertukar daripada garis arah aliran, Fibonacci 0.618, dan sokongan yang terdahulu kini telah bertukar menjadi zon rintangan di sekitar tahap $ 1,170.00 sebelum ini, dan kejatuhan harga berpoetnsi untuk dipercepatkan daripada tahap ini. Oleh yang demikian, adalah dicadangkan kepada para pedagang untuk kekal menjual dengan risiko ditetapkan pada tahap $ 1,180.00 buat masa ini. Sokongan serta-merta dilihat terletak pada tahap $ 1,110.00, diikuti masing-masing dengan tahap $ 1,090.00, $ 1,075.00 dan lebih rendah. Manakala rintangan pula dilihat terletak pada tahap $ 1,170.00, diikuti masing-masing dengan tahap $ 1,120.00/30.00 dan lebih tinggi.

Cadangan Perdagangan:

Kekal menjual buat masa sekarang, dengan stop terletak pada tahap $ 1,180.00, dan sasaran adalah terbuka.

Semoga berjaya!

*Analisis pasaran yang dipaparkan di sini hanya bertujuan untuk meningkatkan kesedaran anda, tetapi bukan sebagai petunjuk untuk anda melakukan perdagangan
Pergi ke senarai artikel Buka akaun dagangan