Struktur semasa pada carta harian menggesa lebih banyak penurunan harga dalam tempoh beberapa hari yang akan datang, sebagaimana pasangan mata wang GBP/USD ini dilihat telah menembusi di sekitar tahap 1.5224. Kini, tahap harga tersebut sedang bertindak sebagai zon rintangan dengan mensasarkan ke arah sokongan seterusnya pada tahap 1.5107. Sebaik sahaja penembusan harga berlaku pada tahap tersebut, maka pasangan mata wang diramalkan akan jatuh sekurang-kurangnya sehingga ke tahap 1.4972.

Berdasarkan kepada carta 1H, pasangan mata wang kelihatan masih didagangkan selari dengan arah yang diletakkan oleh SMA 200, iaitu aliran penurunan harga. Sokongan yang paling hampir untuk pasangan mata wang ini didapati terletak pada tahap 1.5167 dan apabila harga berjaya menembusi pada tahap itu, pasangan mata wang GBP/USD ini diramalkan akan diniagakan lebih rendah ke bahagian dasar yang akan muncul di sekitar tahap 1.5098 dalam jangka masa yang singkat. Indikator MACD masih berada di wilayah negatif.

Tahap Rintangan Carta Harian: 1.5224 / 1.329
Tahap Sokongan Carta Harian: 1.5107 / 1.4972
Tahap Rintangan Carta 1H: 1.5220 / 1.5272
Tahap Sokongan Carta 1H : 1.5167 / 1.5098
Cadangan Perdagangan untuk Hari Ini: Berdasarkan pada carta 1H, para pedagang disarankan untuk mengambil pesanan menjual (jual) hanya sekiranya pasangan mata wang GBP/USD ini berjaya menembusi cartalilin penurunan harga; dengan menetapkan sokongan pada tahap 1.5167, take profit di tahap 1.5098, dan stop loss pada tahap 1.5237.
