logo

FX.co ★ Analisis Harian GBP/USD untuk 09 September, 2015

Analisis Harian GBP/USD untuk 09 September, 2015

Pasangan mata wang GBP/USD ini masih didagangkan dalam saluran pembetulan kenaikan harga yang sedang berlaku di dalam carta harian. Ia telah mendorong penembusan harga pada tahap 1.5329 untuk membolehkan harga bergerak lebih tinggi. Itulah sebabnya mengapa kita harus memberikan tumpuan terhadap wilayah harga di sekitar tahap 1.5479 pada dagangan jangka pertengahan dan jangka pendek, yang mana ia adalah merupakan tahap rintangan yang paling hampir buat pasangan dalam tempoh masa ini.

Analisis Harian GBP/USD untuk 09 September, 2015

Berdasarkan kepada carta 1H, pasangan mata wang kini sedang membentuk corak harga tinggi yang lebih tinggi di atas tahap sokongan 1.5357, dengan zon pengukuhan di atas SMA 200. Rintangan yang terletak pada tahap 1.5402 adalah merupakan salah satu tahap harga yang paling hampir dalam dagangan jangka pendek, di mana penembusan menaik sepatutnya berlaku untuk mencapai tahap tinggi seterusnya pada 1.5440.

Analisis Harian GBP/USD untuk 09 September, 2015

Tahap Rintangan Carta Harian: 1.5479 / 1.5559

Tahap Sokongan Carta Harian: 1.5329 / 1.5181

Tahap Rintangan Carta 1H: 1.5402 / 1.5440

Tahap Sokongan Carta 1H: 1.5357 / 1.5319

Cadangan Perdagangan untuk Hari Ini: Berdasarkan pada carta 1H, para pedagang disarankan untuk mengambil pesanan menjual (jual) hanya sekiranya pasangan mata wang GBP/USD ini berjaya menembusi cartalilin penurunan harga; dengan menetapkan sokongan pada tahap 1.5357, take profit di tahap 1.5319, dan stop loss pada tahap 1.5393.

*Analisis pasaran yang dipaparkan di sini hanya bertujuan untuk meningkatkan kesedaran anda, tetapi bukan sebagai petunjuk untuk anda melakukan perdagangan
Pergi ke senarai artikel Buka akaun dagangan