logo

FX.co ★ Analisis Teknikal NZD/USD untuk 09 September, 2015

Analisis Teknikal NZD/USD untuk 09 September, 2015

Analisis Teknikal NZD/USD untuk 09 September, 2015

Pasangan mata wang NZD/USD telah beralih ke arah atas. Pasangan mata wang ini telah membentuk corak "penggenapan bawah" pada asas urusniaga harian sekaligus mengesahkan pembalikan aliran kenaikan harga. Kesinambungan daripada lantunan semula teknikal berkemungkinan akan menuju ke tahap 0.6430, sebagaimana tempoh purata pergerakkan urusniaga harian 20- dan 50 berada pada arah menaik, dan bertindak sebagai tahap rintangan. RSI urusniaga harian berlangsung dengan baik dan memanggil harga untuk bergerak ke tahap tinggi baru. Dalam perspektif ini, selagi tahap 0.6335 ini tidak ditembusi, perhatikan pergerakkan harga yang selanjutnya ke arah tahap 0.6430 & 0.6470 dalam lanjutan.

Cadangan Perdagangan:

Pasangan mata wang ini berdagang di atas titik pangsi. Pasangan mata wang ini dijangkakan akan berdagang dalam julat yang lebih tinggi di atas titik pangsi tersebut. Selagi harga kekal berada di atas titik pangsi tersebut, dagangan dalam julat yang lebih tinggi adalah amat berpotensi dan kedudukan membeli dicadangkan kepada para pedagang di atas titik pangsi ini dengan meletakkan kedudukan sasaran pertama pada tahap 0.6430 dan seterusnya sasaran yang kedua pada tahap 0.6470. Untuk senario alternatif, sekiranya harga bergerak di bawah titik pangsi tersebut, maka para pedagang disarankan untuk membuka kedudukan menjual dengan menetapkan sasaran pertama pada tahap 0.6310 sekiranya harga bergerak di bawah titik pangsi. Penembusan harga pada tahap sasaran ini akan membolehkan pasangan mata wang ini bergerak ke arah bawah yang seterusnya dengan sasaran kedua terletak pada tahap 0.6260. Titik pangsi terletak pada tahap 0.6335.

Tahap Rintangan: 0.6430 0.6470 0.65

Tahap Sokongan: 0.6310 0.6260 0.6315

*Analisis pasaran yang dipaparkan di sini hanya bertujuan untuk meningkatkan kesedaran anda, tetapi bukan sebagai petunjuk untuk anda melakukan perdagangan
Pergi ke senarai artikel Buka akaun dagangan