EUR/USD: Kelihatan terdapat penembusan harga daripada fasa penyatuan baru-baru ini pada instrumen perdagangan mata wang. EMA 11 baru sahaja melintasi di atas EMA 56 ke arah atas, sementara Julat Peratusan Williams 20 kini berada di wilayah terlebih beli. Ini merujuk kepada momentum kenaikan harga, yang boleh menolak harga bergerak lebih tinggi.

USD/CHF: Instrumen perdagangan mata wang ini terus mengukuh ke arah bawah. Usaha kenaikkan harga baru-baru ini pada pasangan mata wang EUR/USD ini secara tidak langsung telah dikenakan pada pasangan USD/CHF; didorong prospek penurunan harga sekiranya harga menjunam di bawah tahap sokongan 0.9600. Minggu hadapan benar-benar akan menentukan hala tuju seterusnya pada pasaran ini.

GBP/USD: Pasangan mata wang GBP/USD kini sedang didagangkan dalam aliran menaik pada jangka masa sederhana, setelah berpindah ke arah atas melebihi 280 pip, seterusnya membawa kepada Corak Pengesahan Kenaikkan dalam carta 4-jam. Terdapat kemungkinan bahawa harga akan menguji wilayah pengedaran di sekitar tahap 1.5550 pada hari ini atau minggu hadapan.

USD/JPY: Terdapat isyarat 'membeli' pada pasangan mata wang USD/JPY ini, yang mana ia akan menjadi sah selagi harga kekal didagangkan di atas tahap permintaan pada tahap 120.00. Harga berpotensi untuk mencecah tahap bekalan pada 121.50 dan 122.50 tidak lama lagi. Walau bagaimanapun, mana-mana pergerakan harga di bawah tahap permintaan 120.00 boleh menyebabkan isyarat 'membeli' tidak berkesan.

EUR/JPY: Pasangan mata wang ini telah didagangkan dalam aliran menaik sebanyak 330 pip pada minggu ini, menutup di atas zon permintaan di sekitar tahap 136.00. Sasaran seterusnya untuk kenaikan harga adalah pada zon bekalan 137.00. Sebagaimana mata wang EUR berusaha untuk mendapatkan lebih stamina dan yen menjadi lemah lagi, pasangan mata wang ini berkemungkinan akan mengalami aliran yang lebih kukuh pada kenaikan harga.

