Gambaran makro global untuk 15/09/2015:
Siri laporan ekonomi yang menarik dari Kesatuan Eropah dan Jerman dijadualkan akan dikeluarkan pada jam 9 pagi GMT hari ini. Sentimen ZEW dijangka akan berkurangan ke tahap 18.3 berbanding 25 mata bulan lalu sebagaimana tolok am untuk keadaan ekonomi Jerman kini bertambah baik dan lebih pesimis. Selain itu, pusat Penyelidikan Ekonomi Eropah pula akan mengeluarkan Penilaian Petunjuk Sentimen Ekonomi ZEW Zon Euro, yang dijangka akan mencatatkan penurunan ke tahap 42.1 daripada tahap 47.6 bulan yang lalu, mengesahkan kecenderungan sentimen negatif di kalangan pakar-pakar Jerman.
Gambaran teknikal pada carta pasangan mata wang EUR/USD adalah amat tidak jelas sama sekali. Selepas membuat ayunan harga pada tahap 1.1086, pasaran kemudianya kelihatan perlahan-lahan mendaki lebih tinggi untuk menguji garis arah aliran emas dari bawah dan diterbalikkan. Sokongan semasa dilihat terletak pada tahap 1.1228 dan rintangan pula didapati terletak pada tahap 1.1332.

