Indeks Dolar AS membuat lantunan menaik seperti yang diharapkan daripada Penarikan semula Fibonacci 61.8%. Harga telah melantun semula ke arah rintangan cloud dan kenaikkan indeks dolar berpotensi untuk mendapatkan beberapa keuntungan. Harga kini sedang didagangkan di bawah tahap rintangan penting dan aliran menaik perlu menunjukkan kekuatan yang lebih untuk menembusi.

Garis hijau - rintangan
Indeks Dolar AS kini dilihat sedang menguji rintangan cloud jangka pendek. Saya meramalkan bahawa akan terdapat penolakan harga awal pada tahap semasa, tetapi kebarangkalian untuk harga menembusi di bawah tahap rendah Jumaat adalah kecil. Saya menjangkakan bahawa harga akan mencapai tahap rendah yang lebih tinggi dan kemudian berbalik semula ke arah atas.

Garis merah - rintangan
Garis hijau - Sokongan
Indeks Dolar AS telah mencapai sokongan mingguan Ichimoku cloud dan melantun dengan kukuh. Rintangan mingguan didapati terletak pada tahap 95.50-96 oleh indikator tenkan- dan Kijun-sen. Cloud mingguan adalah merupakan tahap sokongan utama dan saya yakin indeks dolar ini akan menembusi di atasnya. Corak kenaikan harga Flag masih sah walau bagaimanapun maish belum terdapat isyarat jangka panjang yang jelas.
