logo

FX.co ★ Analisis Teknikal USD/JPY untuk 21 September, 2015

Analisis Teknikal USD/JPY untuk 21 September, 2015

Analisis Teknikal USD/JPY untuk 21 September, 2015

Pasangan mata wang USD/JPY ini diramalkan akan melantun semula. Pada Jumaat lalu, saham-saham AS melanjutkan jualan besar-besaran yang telah dicetuskan oleh kebimbangan mengenai pertumbuhan global dan mencatatkan kerugian harian terbesar dalam tempoh dua minggu. Dow Jones Industrial Average menurun 1.7% kepada 16.384, S&P 500 jatuh 1.6% kepada 1958, dan Nasdaq Komposit merosot 1.4% kepada 4827. Minyak mentah Nymex jatuh 4.7% kepada $ 44.68 setong, manakala emas melonjak 1.9% kepada $ 1.138 auns. Hasil Perbendaharaan 10 tahun menjunam kepada 2.130% berbanding 2.215% pada sesi sebelumnya. Bersama-sama dengan lantunan dalam bon Perbendaharaan AS, mata wang Amerika ini telah mencatatkan lantunan semula harga yang kukuh berbanding kebanyakan mata wang utama lain. Pasangan mata wang EUR/USD susut 1.1% kepada 1.1305, GBP/USD jatuh 0.4% kepada 1.5531, USD/CHF meningkat 1.0% kepada 0.9683, manakala pasangan mata wang USD/CAD melantun semula daripada tahap rendah 1.3007 kepada 1.3229. Pasangan mata wang ini kelihatan telah melantun semula daripada tahap rendah urusniaga harian Jumaat pada 119.01. Purata pergerakkan urusniaga harian (MA) 20 telah menembusi di atas tempoh MA 50, manakala indikator kekuatan relatif urusniaga harian (RSI) adalah di sekitar tahap neutral 50. Selagi tahap 119.65 kekal bertindak sebagai sokongan utama, pasangan mata wang ini dijangka akan melanjutkan pemulihan kepada sasaran menaik pertama pada tahap 120.75 (sekitar tahap tinggi 18 September). Manakala sasaran kedua ditetapkan pada tahap 121.

Cadangan Perdagangan:

Pasangan mata wang ini berdagang di atas titik pangsi. Pasangan mata wang ini dijangkakan akan berdagang dalam julat yang lebih tinggi di atas titik pangsi tersebut. Selagi harga kekal berada di atas titik pangsi tersebut, dagangan dalam julat yang lebih tinggi adalah amat berpotensi dan kedudukan membeli dicadangkan kepada para pedagang di atas titik pangsi ini dengan meletakkan kedudukan sasaran pertama pada tahap 120.75 dan seterusnya sasaran yang kedua pada tahap 121. Untuk senario alternatif, sekiranya harga bergerak di bawah titik pangsi tersebut, maka para pedagang disarankan untuk membuka kedudukan menjual dengan menetapkan sasaran pertama pada tahap 119.35. Sekiranya harga bergerak di bawah titik pangsi. Penembusan harga pada tahap sasaran ini akan membolehkan pasangan mata wang ini bergerak ke arah bawah yang seterusnya dengan sasaran kedua terletak pada tahap 118.90. Titik pangsi terletak pada tahap 119.65.

Tahap Rintangan: 120.75 121 121.50

Tahap Sokongan: 119.35 118.90 118.20

*Analisis pasaran yang dipaparkan di sini hanya bertujuan untuk meningkatkan kesedaran anda, tetapi bukan sebagai petunjuk untuk anda melakukan perdagangan
Pergi ke senarai artikel Buka akaun dagangan